Koleksi resipi lama..


1] Kek Coklat Kukus Lembab
Kek Kukus Lembab by Nana

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
  7. SeLaMat MeNcUbe....
_____________________________________________________________
2] Sup jagung isi ketam

Sup jagung isi ketam by Nana

Bahan-bahan (6 orang )

  • 3 ulas bawang putih dicincang 
  • minyak masak untuk menumis 
  • sos tiram secukup rasa 
  • isi ayam dipotong atau hiris (terpulang citarasa) 
  • 3 hingga 4 cawan air 
  • 1 tin jagung krim (Ligo creamy corn) 
  • 6 batang isi ketam (terpulang jika mahu lebih) 
  • 1 biji telur 
  • garam secukup rasa 
  • Lada sulah hitam dan putih secukup rasa 
  • 3sudu Tepung jagung 

Cara-cara

  1. Tumis bawang sehingga naik bau
  2. Masukkan ayam dan sos tiram.
  3. Masukkan air. Apabila sudah mendidih, masukkan jagung, isi ketam yang telah dihiris-hiris dan juga telur.
  4. Masukkan garam dan lada sulah mengikut citarasa masing-masing.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.
  6. Haa da siap! Selamat mencuba! 
 ___________________________________________________________
3] Oreo Truffle

Oreo Truffle by Nana

Bahan-bahan (42 biji )

  • 1 paket biskut oreo (keluarkan intinya) 
  • 1 paket(250g) Keju Philapedhia (suhu bilik) 
  • 8 oz semi-sweet coklat masakan 

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut. Masukkan krim keju. Gaulkan sehingga sebati. 
  2. Uli doh sedikit demi sedikit kepada bentuk bebola.
  3. celupkan bebola tadi ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan
  4. Sejukkan adunan di dalam peti selama 1 jam sebelum boleh dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes