Asam Pedas Ikan Pari

Selamat Berpuasa! Harini dah separuh bulan kita berpuasa. Sekejap jer rasanya dah masuk hari ke-15 kan.
Ok lah.. harini Nana nak update resipi yang Nana wat untuk juadah berbuka semalam, Asam pedas ikan pari.


Bahan-Bahan:

Ikan pari - terpulang lah nak wat ikan ape pun..
bawang merah & bawang putih - kuantiti berdasarkan kuantiti ikan
2 batang serai
sedikit belacan - dibakar atas api sekejap
cili boh / cili kering yang telah di blend
Air asam / asam keping
1 bunga kantan
Tomato & kacang bendi
garam dan gula secukup rasa
*pes asam pedas (nana suke masukkan untuk pekatkan lagi kuah..kaw! kalau tak ada pun tak pe)

Cara-cara:

1. Blend kan bawang putih + bawang merah + belacan + serai. Kemudian tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan masak hingga garing. *masukkan pes asam pedas jika mahu.
3. Masukkan air asam dan sedikit air untuk kuah (kira-kira 2 - 3 cawan).
4. Masukkan bunga kantan + ikan..biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang bendi dan tomato, Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Apabila ikan telah masak, boleh lah sedia untuk di hidangkan.
Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes