Kek Gulung Kaseh ♥

Masa dulu.. setiap kali menjelangnya hari raya di Brunei.. nana paling suke beraya rumah orang sebab kebanyakannya mesti menghidangkan kek gulung. Dan kadang-kadang mak nana pun akan wat kek gulung kegemaran nana ni especially yang ada perisa peppermint..waah nyaman!
Setelah sekian lama berlalu.. baru-baru ni tergerak hati nak try wat semula kek gulung ni bila ternampak resipi dalam blog kak Izzah. Comel jer kek gulung dia, bahan-bahan pun ringkas. Bila dah try beberapa kali..ternyata memang best! Keknya sangat gebu.

Ni kek gulung nana versi 1 guna filling blueberry.. skejap je dah abis dimakan

Versi 2 wat gna whipcream campur strawberry..ramai suke yang ni..

Sumber resipi dari Izzah Muffin Lover. Thanks Kak!

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

*Seeloknya disimpan di dalam peti terlebih dahulu sebelum dimakan



1 comments:

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes