Kek Caramel

4 comments

Assalamualaikum..
Pagi tetibe rase nak wat kek karamel..
sebab malam nanti nak gi rumah kawan,
so kene la bawa buah tangan kan..
Ekceli nana tak brape suke wat kek karamel..
sebab suami memang tak minat benda-benda manis ni..
tapi kalau wat pizza or quiche untuk dia 10 hari 10 malam pun takpe..
dia suke makanan macam tu..


Kali ni nana guna paste coklat, oren dan pewarna pink..
Ok lah, kepada yang nak mencuba bleh klik kat SINI :)

Home made Pizza

2 comments

Assalamualaikum semua..
dah lama rasa tak update dapur ni kan..
Ok..ni nana nak masukkan resipi yang baru nana wat semalam
Semalam nana wat pizza sebagai makan malam nana dan En.Suami,
dah lama nak buat sebenarnye..
tapi masa dan bahan lum mencukupi..
dan akhirnya smalam berjaya laksanakan hajat tertangguh itu.
kalau di ikut resipi asal ni..
kite leh dapat 4-5 pizza..
tapi smalam nana wat sparuh adunan sahaja..
so dapat la wat 2 pizza regular,
makan smalam dan harini :)
Ok jom lihat bahanya:
(sumber resipi asal nana tak jumpa save kat mana...then nana ubah sikit)

 Bahan-bahan doh:
500g tepung roti / tepung gandum
1/2 sudu besar garam
7g yis
1/2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar minyak sayur
325 ml susu segar/air suam
1 sudu teh bread improver

Bahan-bahan inti dan tabur seperti gambar di bawah...
(ikut la citarasa masing-masing nak cane..
tapi bahan asas pizza nana yang takde dalam gambar ialah daging cincang)




cara membuat:

1.  Yis dimasukkan ke dalam susu/air suam, biarkan 5 minit
2.  Bahan-bahan kering yang lain boleh disatukan.
3. Setelah itu, masukkan 1 dan minyak kedalam 2 sambil diuli.
uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan dan bekas.
4. Tutup dan biarkan doh rehat dan naik 2 kalo ganda, kira-kira 1 jam.
5. Tumbuk doh dan keluarkan angin doh, biarkan untuk 30 minit.


6. Bahagi 2 doh dan canai doh pada pan atau loyang pizza


doh yang berlebihan jika belum mahu digunakan, boleh balut dengan cling film dan masukkan kedalam peti sejuk. Bila mahu gunakan, keluarkan dan biarkan selama 10-15 minit.

7. Setelah itu boleh lah tabur bahan-bahan ikut kesukaan anda..
8.  Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit
Selamat mencuba!!



*p/s: Mozarella cheese is the best for pizza..tapi stok xde plak, kat kdai gi smua xde...
so I just gune cheddar cheese and parmesan cheese. so tak sticky micky..but the taste is sooooo gooood!
owh ya! tekstur roti pizza yg terbaik adalah rotinya yang lembut dan sedikit liat.. and this recipe is the best pizza dough ever :)

Death by Choc Cake

2 comments

Assalamualaikum...
ngeri tak tengak tajuk kek ni? hahaha
pelik-pelik jer nama kek skang ni..
tapi sbenanyer bila diteliti semula bahan-bahan kek ni..
kite leh jgak panggil kek ini kek ndulgence 1 layer..
sebab bahan krim kek ni sama jer seperti kalau kite nak guna untuk indulgence
cuma ada versi indulgence yang guna gelatin macam resipi kat sini..
Then kite guna kek span cokat..tu saja..
simple kan?
Jom kite lihat resipi... 

Ok,nana amek resipi dari dapur Kak Ita :)
I copy paste kat sini..TQ k.Ita~!!♥

DEATH BY CHOCOLATE CAKE


2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak@butter cair
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
**utk ganache**
2 cwn non dairy whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup
##utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream 

Caranya:
  1. Tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. Last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. Tambahkan golden syrup
  11. Ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. Kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. Ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit


Ni setelah nana deco..
Base "terima kasih" tu nana guna coklat sebagai penambah hiasan.

Beginilah ghupe dalamnyee  :) nyum nyum!

Roti Bun Gebu

3 comments

Assalamualaikum..
Pagi tadi nana wat roti..
dah lama nak buat sebab bahan-bahan dah lama beli..
teruja bila nampak roti kat blog asal resipi ni
nampak sangat gebu..
dan bila dah siap masak tadi..
ternyata memang berbaloi sangat!
Masa zaman skolah dan belajar dulu..
penah juga buat bun beberape kali,
tapi tak pernah jumpa resipi segebu ni..
Alhamdlah akhirnya dah jumpa jgak!
ok laa..takmo celoteh panjang..
sape nak try, meh lihat bahan-bahannya....
Resipi asal kat blog Happy Home Baking
Kat sini nana translit and tambah tips lain
Bahan-bahan:
150g tepung roti - ayak
150g tepung kek - ayak
5g yis
3g garam
125g susu segar -nana panas kan sket supaya suam
1 biji telur
60g gula caster -nana kurangkan sket
50g butter
1 biji telur -hiasan untuk sapur atas roti

*kalau ada bread improver pun boleh tambah sket, tapi tadi nana cuba resipi asal, tak perlu bubuh pun dah gebu.

Caranya:
1) Masukkan semua bahan kering, dan gaul sebati.
2) Masukkan butter gaul, telur gaul, dan susu..gaul hingga sebati dan menjadi doh.
(waktu ni, doh agak melekat-lekat..jangan bimbang, TAK perlu tambah tepung)
3) Uli doh sehingga doh menjadi kental dan tidak melekit lagi..
(setelah di uli beberapa minit, doh tadi akan menjadi kental..ini mengambil masa 25minit menguli.. tapi nana takde tenaga yang kuat nak menguli, so tadi uli 15 minit pun dia dah cantik tak melekat)
4) Rehatkan doh di dalam bekas bertutup dengan kain lembab selama 1 jam
(sehingga dia naik 2 kali ganda).

Ni doh setelah direhatkan sejam..hampir terkeluar dah doh ni, 
bkan naik 2 kali ganda, tp dah naik berganda-ganda..huhuu

5) Tumbuk doh untuk buang angin. Kemudian rehatkan lagi 15 minit dengan cara yang sama tadi
6) Kemudian ambil doh sekitar 60g sebiji dan bulatkan serta susun dalam loyang pembakar dengan sedikit jarak antara satu sama lain.
(kalau nak letak inti pon boleh, sparuh adunan nana buat bun inti kaya pandan)
7) Rehatkan doh dalam 30-45 minit. Sapu permukaan atas dengan telur dan boleh tabur bijan atau kacang badam- nana bubuh bijan jer.



8) Bakar pada suhu 190 C  selama lebih kurang 10minit (lihat jika permukaan dah keperangan)
9) Dah siap, sapu dengan butter supaya bun nampak cantik berkilat.

Enak dimakan begitu sahaja :)
Waktu baru kuar oven paling best layan roti ni sebab waktu ni super gebu♥


Gebus gedebas gedebus...nyummy~!

Pau Kaya Pandan

0 comments

Assalamualaikum semua..dah makan?
Nana masih kekenyangan makan pau buat pagi tadi :)
Alhamdlah, 1st time wat pau sendiri,
Slalu my mom yang wat..
Nana tukang makan jer..hihii
kali ni kena lah wat sendiri...
dan hasilnya alhamdlah,tidak menghampakan..
lembut dan gebu ajer seperti tajuk tuan punya resipi ni..
Ok, resipi ni nana amek dari page myresipi..
tapi lupe nak save link, skang dah tak jumpe plak
Takpe lah..jom kite tengak bahan-bahanya.

 


Bahan-bahan:
 2 1/2 cawan tepung pau - tepung gandum pun boleh
3/4 sudu teh yis
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula kastor
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh bread softer
1/2 cawan air suam
secubit garam
inti secukupnya - tak kisah nak guna inti apa, nana guna kaya pandan
kertas alas 2x2 secukupnya

Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan-bahan kecuali air dan minyak, gaul rata 
2)  Masukkan air suam sikit-sikit sambil uli sehingga menjadi doh.
3) Akhir skali baru masukkan minyak dan uli sehingga tidak melekat.
4) Rehatkan doh lbih kurang 30minit agar doh naik.
5) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan.

6) Masukkan inti dibahagian tengahnya dan bulatkan doh serta letak diatas kepingan kertas.
7) Didihkan air kukusan. Rehatkan doh selama 15-20 minit.
8) Apabila kukusan telah panas, boleh la letak doh dan kukus selama 15 minit.
Pau smemangnya enak dimakan ketika panas..
slamat mencuba :)

Custard Cream Puff

0 comments

Assalamualaikum :)
Petang tadi nana sempat wat cream puff custard untuk menu minum petang.
Nana memang gemar sangat ngan cream puff..
kalau ade terjumpa jual kat kedai-kedai..
mesti nak beli..
harga plak 1 cream puff RM1 - RM2...
Bila dah dapat buat dan rasanya sangat umpph!!
rase sangat puas ati sebab leh makan banyak-banyak~!!
Ok, resipi macam biasa dari dapur kak Ita

Macam biasa si pemalas hanya pandai copy paste resipi je..
minta izin yer tuan punya resipi kak Ita :)

CREAM PUFF
100ml air 
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara:

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.

Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak 

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.

  
Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar - nana pakai susu cair
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila 
sedikit pewarna kuning

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

nana guna kaedah ni:
masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


Versi ada icing sugar

Apam Polka dot

3 comments

Assalamualaikum semua :)
Nana baru je siap wat apam polka dot..
Dah lame nak wat sebab kebanyakan blog resipi yang pemes,
mesti ada resipi apam polka dot ni..yer tak?
Bila dah rasa tadi, nana lebih suke apam comel..
ape2pun kalau korang nak tau rasanya, cuba lah resipi ni.
Seperti biasa resipi nana amek dari dapur kak Ita.

Kak Ita, minta izin copy paste resipi disini lagi yer ♥

Bahan-Bahan:

3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila 
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya

Masukkan semua bahan2an kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau plastik bersih
Susun acuan lompang dalam loyang.
Letakkan papercup didalamnya
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas

Letakkan filling secukupnya. Filling ni kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah kita nak Letakkan atas adunan tadi. 
Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh . 
Kemudian ambil sedikit adunan letakkan pewarna pilihan, kacau rata.
Masukkan juga dalam piping bag dan dot-dotkan dengan warna pilihan 


Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
Pastikan api sederhana panas.
Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
hidangkan ketika panas.

choc cheese cake

7 comments

Assalamualaikum..
Orite, petang tadi nana wat kek coklat cheese..
Actually nama cake ni DFC (Devil's Food Cake)..
tapi name camtu plak, macam tak bagus jer kan..
ade plak makanan sesedap dikate makanan syaitan kan..
so nana gune lah name biase tu jer..
heheh.. yang penting halal~!
yer tak?!
Dah lame simpan resipi ni..
tiap ari tenung, tiap ari jgak air liur mleleh..hahaha
akhirnya tadi bjaya buat jugak..
memang sdap!
kek coklat + lapisan cheese + choc. ganache
dapat bayangkan tak???!
huhu ok la..jom tengak resipi nyer
Resepi asal : Yateasybakes
I copy paste jer yer... TQ♥!!

Bahan (untuk loyang 7" atau lebih kecil) : - 
1 cawan tepung gandum
1 / 4 cawan cocoa powder
3 / 4 sdt soda bikarbonat 
 1 / 4 sdt garam  
1 / 2 cawan gula pasir  
1 / 2 brown sugar  
65 g mentega 
 1  biji telur besar  
1 sdt vanili ekstrak
1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka. Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja) 
1/2 cawan air suam

Kaedah:-
Set oven 170C. Siapkan atin kek anda.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
250g Philadelphia cream cheese
125g mentega
1 cawan gula aising-(Ayu gunakan 1/4 cawan aje)
1 sdt vanili ekstrak (pakai jer vanilla essence yg halal)
jus daripada lemon

double boil cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
(nana pukul ngan mixer)


Chocolate Ganache:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
200ml double cream-(Ayu gunakan whipping cream)
250g coklat gelap dicincang halus
sedikit garam 

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.


Waffle♥

4 comments


Kemarin saje wat waffle untuk minom petang..
Resipi asal dari my Mom..

Bahan-bahan:
200g sus cair
350g air
250g tepung
50g mentega/butter cair
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2 biji telur

Cara-cara:
Pukul mentega dan garam hingga kembang.
Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.
Seterusnya masukkan susu dan air secara selang seli bersama tepung + baking powder.
Rehatkan sebentar, dan boleh lah di masak menggunakan bekas waflle hingga kekuningan.
Sapu waffle dengan kaya or nutella.
Slamat Mencube♥

Quiche Versi 2

2 comments

ASsalamualaikum...
Setelah sekian minggu suami bagi hint kata nak makan Quiche,
baru smalam berkesempatan nak buat sebab kebetulan skolah balik awal sikit..
so bleh laa singgah beli bahan-bahan yang takde.
Actually nak wat Quiche ni tak lah susah pun..
cuma penyediaan bahan yang macam-macam tu yang leceh sket.
Ok la..pada yang dah biasa ngan blog ni, 
mesti dah tau nana pun dah penah masukkan resepi Quiche versi 1 sebelum ni kan..
Kali ni tergerak hati nak masukkan lagi resipi ni beserta gambar step-by-step.
Kalau tak silap ni dah kali ke 3 nana wat Quiche..
resipi asal dari master chef, Kak Lisa (Noor Jerry).
My Hubby memang gemar sangat ngan Quiche ni.
Tak masak nasi pun tak pe sebab makanan ni mengenyangkan 
sebab bahan asasnya adalah kentang.


Ok.. kite terus kepada bahan-bahannya:
*sukatan bahan-bahan terpulang kepada citarasa dan saiz bekas pembakar.


1) Kentang - dihiris nipis (jangan terlalu nipis)
2) Susu segar
3) Daging cincang - rebus hingga empuk
4) Cendawan butang - dihiris nipis
5) Keju cheddar - diparut
6) Bawang Putih & Merah - hiris
7) Sedikit halia - ketuk
8) Gula, garam, serbuk lada hitam

Now, kite lihat pula cara penyediaannya k! :)

1) Guna frying pan dan susun memenuhi ruang sehingga habis.
2) Tabur gula dan sedikit garam dan sedikit black pepper sbagai bahan perasa.
3) Tuang susu sehingga menenggelamkan kentang tadi.
4) Letak sedikit butter / marjerin dan barulah nyalakan api.
Biarkan sehingga kentang masak (lembut)
5) bila dah masak, toskan (asingkan) susu dan kentang. ketepikan sbentar.
6) Tumis bawang merah dan bawang putih beserta halia.
7) Masukkan daging dan cendawan.
Perasakan dengan garam dan black pepper mengikut citarasa.

 Ok..skarang kita dah siap bahan-bahan seperti gambar di atas
(daging goreng cendawan, sos susu keju... dan kentang takda dalam gambar)

So..untuk membakar, kalau boleh guna bekas kaca
supaya kita nampak isi di dalamnya samada kuahnya sudah kering atau belum.
macam bekas bawah ni..
 Tapi kalau takde, bleh guna loyang biasa juga..

Cara melapis:

1) susun 1 layer kentang kedalam bekas.
2) kemudian tuang sedikit sos susu.
3) Next, tabur sdikit daging goreng cendawan keatasnya.
4) Tabur sedikit cheese dan tuang sos susu sedikit diatasnya.
ulang langkah sehingga habis /hampir penuh bekas.
Lihat seperti gambar dibawah..


Untuk lapisan teratas, akhirkan dengan taburan daging cendawan diikuti taburan cheese yang menutupi kesmua isi dibawahnya. 
Kemudian basahkan taburan cheese tadi dengan sos susu agar cheese tidak hangus.
Tuang sos susu sehingga paras 3/4 bekas.

Bakar pada suhu 100 c selama 1 jam (bergantung pada oven masing-masing) atau lebih mudah lihat sehingga kuah di dalamnya hampir kering atau tiada buih-buih susu dipermukaannya.



Dah siap.. biar sejuk dan nikmatilah Quiche yang enak dimakan apabila sudah sejuk :)
(simpan dalam peti)
ps: Enak juga dimakan dengan serunding daging dan sos cili ♥

Slamat mencuba!!♥

Non-Baked Mango Cheesecake

0 comments

Assalamualaikum...
Rase macam lama jer tak add resipi baru..
Sibuk sket kebelakangan ni, tapi start minggu hadapan..
insyAllah akan ade resipi-resipi baru yang nak dicuba..
sebab start minggu depan, masa free dah banyak, dah tak keje :)
Ahad haritu nana tak tentram tengak mangga dan cheese dalam peti..
pastu ternampak-nampak gelatin yang blum digunakan lagi..
akhirnya..
base biskut oreo
adunan padat cream cheese dan potongan buah mangga
topping coklat ganche
Non-baked Mango Cheesecake
(Gambar ni je yang sempat tangkap, sebab lpas-lpas tu dah telupe bila kusyuk jer makan)

Ekceli resipi ni nana terjumpa kat blog honey bee sweets ni.
tapi nana cuma follow untuk adunan cream cheese sahaja.
lain-lain nana adjust suke-suke hati mengikut citarasan sendiri..huhue..
memandangkan, nana cuma budget buah manga untuk resipi ni sebiji sahaja..
so, nana buat sparuh adunan.
tapi yang kat bawah ni untuk 1 adunan loyang 9".

Bahan-bahan base:
150g biskut oreo
100g mentega/butter cair (suhu bilik)

Bahan-bahan filling:
500g cream cheese
60g gula kastor
1 sudu besar jus lemon / lemon paste
3 sudu besar mango puree 
- nana tak guna, ganti dengan buah mangga dihiris dan dicampur masa mengadun
250g isi mangga dipotong dadu
200g non-dairy whipping cream - diputar hingga kembang
1 1/2 sudu besar serbuk gelatin dicampur dengan 4 sudu besar air menggunakan kaedah double boil
(pastikan gelatin yang halal ok..)

Cara-caranya:
1) Untuk bahagian base biskut.. hancurkan biskut dan campur sebati dengan butter.
2) Ratakan adunan tadi ke dalam loyang 9" dan simpan didalam peti.
Lebih mudah jika menggunakan spring form cake pan.
3)  Menggunakan mixer, putar cream cheese, gula, jus lemon, dan mango puree sehingga sebati.
4) Kemudian masukkan potongan mangga yang telah dipotong dadu. Gaul sebati menggunakan sudip.
5) Pastikan serbuk gelatin betul-betul sebati dengan air menggunakan kaedah double-boil.
Masukkan 1 sudu besar whipped cream ke dalam bancuhan menurunkan suhunya sebelum digunakan.
6) Masukkan dan kaup whipped cream kedalam adunan cream cheese sehingga betul-betul sebati (jangan guna mixer). Kemudian masukkan bancuhan gelatin tadi dan gaul sebati.
7) Tuang ke dalam loyang di atas biskut yang telah disejukkan tadi dan masukkan kedalam peti selama 3 jam.
8)  Dalam resipi ni, nana buat coklat ganache untuk topping..

Bahan coklat ganache(sukatan agak-agak jer):
*coklat masakan - dicairkan secara double boil
*kemudian masukkan whipped cream(tak perlu diputar)
*masukkan sedikit bancuhan gelatin.
*kemudian curah ke atas kek dan biarkan kek di dalam peti sekurang-kurangnya 5jam dan selok-eloknya semalaman.

Nyummy!! Selamat Mencuba!! ♥

Donut

2 comments

Assalamualaikum.. 
kali ni nana nak add resipi yang nana wat kemarin..
dah lama simpan resipi ni, tapi baru kmarin wat kebetulan suami tringin makan donut.
Resipi donut ni memang terbaik.
Ok la..resipi nana amek seperti biasa dari blog kak ita. 


Macam biasa, minta izin kak Ita, nana copy paste yer.Trima kasih♥

DONUT
500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur - yg tulin bukan tiruan ye!!
200 ml air

100g magerine / butter - ita guna butter
1 sudu kecil garam

Untuk Hiasan 
200g Chocolat masakan - cairkan
chocolat masakan putih dan coklat

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera.




 Nana wat 2 versi jer aritu..coklat, gula icing. :)

Rainbow Cake

4 comments

Smalam baru dapat wat Rainbow cake ni..
dah lama sangat tringin nak wat..
berkali-kali tengak kek ni kat dalam blog kak ita..
akhirnya dapat jugak merasa..
Trima kasih kak Ita untuk resepi yang sangat nyaman ni :D

Rainbow cake

Resepi asal : Kak Ita
Minta izin copy paste kak Ita ♥ lebiu!!

RAINBOW CAKE 

Bahan-bahan kek:

Vegetable shortening or butter
3 cwn tpg gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cwn butter tampa garam (suhu bilik)
2 1/3 cwn gula
5 biji putih telur gred A ( suhu bilik )
2 sudu teh esen vanila (ita tak de pure so tukar esen)
1 1/2 cwn susu ita guna fresh milk (suhu bilik)
pewarna merah, orange, kuning, hijau, biru, purple dan ita tambah pink

Cara membuatnya (kek):


Panaskan oven 170c. Leser loyang 9" bulat dgn lelemak sayuran atau butter. Alas tapak loyang dgn kertas minyak sapukan juga minyak atas kertas dan ketepikan. Bila masak, sejukkan dan terus keluarkan dari loyang sebab nanti nak guna lagi.   
Dlm bekas yg besar campurkan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan. 

Dlm bekas lain, pukul butter dan gula hingga creamy dgn mixer dan berkelajuan max. Slowkan kelajuan dan masukkan putih telur dan pukul hingga rata. campurkan vanila, dan pukul lagi hingga bercampur sempurna. Masukkan tepung dan susu berselang seli. dimulakan dgn tepung dan diakhiri dgn susu. pukul hingga adunan sebati.



Bahagikan adunan kepada 6  bahagian. letakkan pewarna utk setiap bahagian. Tuang dlm acuan dan bakar satu persatu. Untuk setiap kek bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
Setelah kek masak. biarkan sejuk 10 minit keluarkan letak atas redai dan biarkan sejuk sepenuhnyer. Dan habiskan membakar ke 6 lapisan seterusnyer

Ratakan kek dgn pisau pemotong kek jika permukaan nyer tidak rata. Susun lapisan pertama, letakkan filling boleh guna buttercream, tapi ita guna blueberry paste. ratakan dan letakkan selapis lagi kek di atasnyer dan buatlah begitu seterusnyer sehingga habis 6 atau 7 lapissapukan pula pada keseluruhan kek dgn frosting nipis sahaja. Masukkan dlm peti ais selama 30 minit.setelah frosting keras sedikit, sapukan keseluruhan kek dgn frosting dan hiaslah ikut kreativiti masing.

    For the Filling and Crumb Coat

    Yang ni nana guna whipped cream saja


    • 9 putih telur gred A 
      1 3/4 cwn gula 
      2 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik 
      2 sudu teh pure / jus lemon 


      For the Frosting

      5 putih telur gred A
      1 cwn gula 
      1 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik 
      1 sudu teh pure/jus lemon 



    Cara-cara membuat (frosting & Filling)

    Untuk filling atau inti dan lapisan luar : Masak putih telur dan gula dlm kuali dgn api sederhana. kacau hingga gula larut. tutup api tuang larutan tadi dlm mangkuk mixer. pukul dgn kelajuan tinggi hingga mencapai suhu bilik. Perlahankan mixer pada kadar sederhana dan campurkan butter satu persatu pukul hingga sebati.

    tukarkan pemukul mixer kepada paddle. tinggikan kelajuan dan pukul hingga hingga menjadi lembut dan creamy. selepas 5 minit masukkan jus lemon dan pukul sebati.

    Untuk frosting caranyer sama juga seperti diatas.


    Untuk hiasan kek ni, nana gunakan frosting Butter Cream. Cara penyediaannyer lebih mudah.
    BUTTER CREAM
    80 gm mentega
    200 gm krimwell
    350 gm golden syrup

    Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
    Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.


    Dah siap~!!

     Ni siap deco sebelum di potong.

     
  1. Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes