Beef Pot Pie

0 comments

Assalamualaikum


Orait now nak share resepi beef pot pie nih..
tak nak celoteh pepanjang sebab dah ngantok lewat malam daa..huhu


Bahan-Bahan (sukatan agak-agak uols lah nak banyak mana):

Daging (nana guna daging cincang, senang xyah nak tunggu empuk lama-lama)
kentang dipotong dadu
sayur campur frozen ( carrot+kcg peas+jagung)
bawang putih dan bawang merah
sosej (terpulang)
cendawan (terpulang)
nak tambah bahan lain lagi pon boleh cth cheese
lada hitam kasar
garam
black pepper sos
sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
kulit puff pastry ( homemade or dari kedai)

kalau rajin, boleh wat puff pastry sendiri awal-awal..
resepi boleh rujuk sini:

cara-cara:

1) tumis bawang, masukkan daging dan goreng sebentar.
2) masukkan air (agak-agak untuk pakai skali sebagai kuah pie nanti banyak mana), biarkan  daging hingga empuk ( daging cincang tak lama pon).
3) keluarkan daging yang sudah empuk tadi, masukkan pula kentang dan biarkan masak hingga lembut. campur dalam daging tadi
4) keluarkan kentang, masukkan pula sayur tadi dan masak sebentar. masukkan dalam daging tadi.
5) buat langkah yang sama untuk bahan yang lain. satukan seperti gambar dibawah. 


6) untuk membuat kuahnya, air rebusan tadi, masukkan garam, lada hitam, sos tiram, black pepper sos dan bahan perasa yang lain jika mahu ( ikut citarasa memasing).
7) masukkan sedikit tepung jagung yang dicampur sedikit air, masak kuah hiangga pekat.
8) masukkan bahan daging campuran tadi kedalam bekas ramekin atau bekas pie. tuang sos.
*nana bubuh cheddar cheese slice atasnya. xde xpe.
9) lekatkan pastri sekeliling bekas.


10) tutup atasnya dengan pastri (guna telur sikit untuk lekatkan) dan buat lubang sikit.
11) sapu permukaan pastri dengan sedikit telur jika mahu. (xnak xpe)
12) bakar pada suhu 170 darjah celcius. bergantung oven masing-masing.


siap!!



Homemade Puff Pastry

1 comments

Assalamualaikum

Siapa kat sini suka makan portugese egg tart??
siapa suka makan pie in pot??
siapa suka makan croissant??
orait, mana yang suka makan makanan di atas mesti suka akan pastrinye yang rangup berlayer-layer tu kan...
and sbetulnya banyak lagi kegunaan puff pastry ni dalam pembuatan makanan..
kebiasaannya ramai yang mengambil jalan singkat dengan membeli puff pastry siap yang boleh didapati di kedai-kedai barang kek kerana lebih mudah dan cepat.
Namun, bagi menikmati kepuasan dan pastri yang lebih sedap, sudah tentulah menggunakan pastri yang dibuat sendiri kan..
Sememangnya membuat puff pastri ni melecehkan. namun hasilnya amat berbaloi kerana bahan yang digunakan sangatlah sedikit.
Jom terus ke resepinya...


Bahan - bahan:
3 cwn tepung gandum 
(nana guna 1cwn tepung high protein + 2cwn tepung low protein)
1 1/2 cwn butter
1/2 sudu kecil jus lemon (xde xpe)
1 sudu kecil garam
1 cwn air sejuk

tepung secukupnya untuk tabur masa uli dan gelek

Cara-caranya:

1) butter dimasukkan dalam plastik dan ratakan.
simpan dalam peti

2) Campurkan tepung+ garam + 1 sudu kecil butter, ramas
3) masukkan jus lemon + ramas lagi.
4) campurkan air dan gaul sebati hingga membentuk doh. rehatkan doh selama 15 minit.
5) letakkan mentega yang telah sejuk tadi di atas doh seperti gambar dibawah.


6) kemudian lipat doh membaluti butter tadi seperti yang ditunjukkan arrow dalam gambar dibawah

7) setelah siap balut, simpan didalam plastik dan rehatkan dalam peti selama 20minit


8) gelek doh dalam membentuk 4segi, kemudian lipat lagi seperti awal tadi dan rehatkan lagi 20minit.



9) ulang proses yang sama (gelek, melipat dan rehat) sebanyak 4kali.



9) setelah selesai, doh yang telah siap boleh digunakan terus atau disimpan dalam fridge sehingga 3 hari atau di dalam freezer sehingga lebih kurang seminggu. Jangan lupa balut doh dengan plastik ye. 


siap!~ boleh tengak lapisan-lapisan nipis tu :)


Boleh juga lihat terus dari youtube d bawah ni ;)

Roti versi whipcream

2 comments

Assalamualaikum


pagi tadi, balik je dari sarapan dan setelkan hal rumah, nana trus meroti..
sebetulnya baru pagi tadi terniat nak meroti sebab semua bahan meroti dah ada and kbetulan pulak kemarin nampak resepi roti yang dishare kat fb tu guna whipcream. aku lak skang tengah musim tangan gatal aje nak cube resepi, almaklum tak lama lagi dah nak naik sem, kot nanti dah takde masa nak membaking dah kan. lagipon if roti sosej si hazim memang sangat lah suke.

roti sosej.. yang putih tengah roti sosej gulung tu 
nana letak kepingan cheddar cheese

so pagi tadi aku pon mentry lah rsepi ni. smentara tunggu doh roti naik, aku persiapkan msak lauk untuk tengahari pulak. siap msak lauk, aku sambung meroti smula. tepat kol 1pm smua siap..hihi. alhamdulillah, bebaloi sangat mencuba sebab kejadiannya gebusssangat.. walaupun aku tak guna bread improver dan softener kalini sebab dah habis.
ok lah panjang celoteh, taip pakai hp, letih jemari i taw..
jom tengak resepinye.
roti bun tabur gula

Bahan²:

200gm tepung roti(high protein)
50gm  tepung gandum
35gm  gula
5gm    yis
30gm  butter
40gm   whipcream + 110gm air sejuk ais
1gm bread improver (xde xpe)
15gm  susu tepung
1 biji kuning telur
secubit garam
sosej secukupnya


cara-cara:

campur semua bahan kering kedalam bekas mixer atau bekas uli kecuali yis. gaul sebati. kemudian baru masukkan yis dan gaul. masukkan bahan basah kecuali mentega. putar atau uli hingga membentuk doh. masukkan mentega. uli atau putar hingga doh menjadi elastik.
rehatkan sejam atau naik seganda.
panaskan oven pada suhu 170°c.
bentukan doh menjadi bun yang di inginkan dan menggunakan sosej jika mahu buat sosej bun.
biarkan rehat sebentar lebih kurang 20minit.
kemudian sedia untuk dibakar.
spray roti dengan air susu.
bakar selama lebih kurang 15minit, bergantung pada oven memasing ye.
dah siap, keluarkan dari loyang, sapu permukaan roti dengan mentega agar nampak berkilat dan biarkan sejuk atas redai.

selamat mencuba :)

roti tabur cheddar cheese parut dan gula


tips: roti akan sentiasa gebu lebih lama jika disimpan dengan betul. pastikan anda simpan roti didalam bekas kedap udara atau plastik berikat kemas.


sticky caramel bun roll

Apam Indo

0 comments

Assalamualaikum

Apam ni actually dah buat bulan lepan lagi..
alang-alang dah mengupdate blog ni..
nana masukkan skali lah resepi yang agak menarik untuk dicuba nih..
bukan saja menarik untuk di lihat..
tapi juge enak dimakan waktu minum petang..


Sumber dari dapur sifu, kak Azlita: masam manis
nana copy paste je la ye..

Bahan-bahan:

5 iji telur 
1 sudu kecil ovalette 
1 sudu kecil esen vanilla 
300 gm tepung gandum 
300 gm gula halus 
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder 
sedikit garam 
pewarna 

cara-cara:

Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain. 
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayakkan tepung bersama baking powder. 
Campurkan garam ke dalam susu. 
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang. 
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla. 
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. 
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai. 

Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat. 
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna

Donut versi Buttermilk

0 comments

Assalamualaikum..

Orait now nana nak share resepi donut yang dibuat minggu lepas..
kalau google resepi donut, tersangatlah banyak sbenanye..
and before this pun dah try beberapa resepi lain
 cuma tak sempat nak masukkan dalam blog ni..
apepun, sebelum resepi ni di peram dan dilupakan lama2 nanti..
baiklah nana share kat sini terus..
kot-kot next time nak wat lagi..
senang nak rujuk.

Donut ni sangat gebus..
nana amek dari website omputih..
jadi kat sini nana translate siap2 untuk memudahkan u ols.



Bahan-bahan:
  • 6 sudu besar (100 ml) air
  • 5 oz buttermilk (150 ml)  (at room temperature)*
  • 1 telur, dipukul (at room temperature)
  • 1/4 cwn (2 oz) (57 g) butter, di cairkan
  • 4 cups (1 lb) (454 g) tepung roti / gandum
  • 1/4 cup (2 oz) (57 g) gula
  • 1 tsp garam
  • 1/2 paket yis 10gm (kalau nak letak 1paket pon boleh)
  • minyak untuk menggoreng
  • gula secukupnya untuk digaul bersama donat

*kalau takde buttermilk, boleh campurkan susu 1 cawan + 5 sudu kecil jus lemon. kacau sebati. biarkan 15 - 20 minit. kemudian sukat ikut sukatan yang dikehendaki. (dalam resepi pakai 150 ml)


Cara-cara:

dalam website tu dia guna BBM (bread maker). kalau ada u ols guna je la kan..
macam nana dek sebab xde benda alah tu.. so kita manual je lah.

1) Bahan-bahan kering (tepung, garam, gula) dimasukkan ke dalam mangkuk mixer. kalau xde mixer, masukkan dalam mangkuk besar nak uli ye. gaul biar bahan sebati. kemudian masukkan garam, gaul sebati.

2) Bahan-bahan basah disatukan (buttermilk+butter cair+air+telur). gaul sebati.

3) masukkan bahan basah tadi kedalam bahan kering. gaul sebati hingga membentuk doh. Uli sehingga tak melekat pada bekas atau if uli pakai tangan, sampai doh boleh membentuk bulat.

4) uli doh lebih kurang 6minit. jika doh terlalu kental ( bila ditarik doh terus terkoyak and putus)..tambah air sedikit demi sedikit dan uli. ulang proses sehingga doh tak terlalu kental dan tak mudah terkoyak).

5) rehatkan sehingga doh naik seganda

6) tumbuk doh untuk buangkan angin. kemudian boleh la lakukan proses gelek dan terap donut

7) donut yang dah di terap, susun dalam loyang dan biarkan naik lagi sikit.

8) panaskan minyak. api sederhana perlahan.. goreng hingga kekuningan

9) tos dan boleh gaul ngan gula

sedia untuk dimakan. :)

mini caramel cheesecake

0 comments

Assalamualaikum..

wahahah...lama bebeno tak menghupdate blog resepi nana ni..
sejak mengonline pakai hp ni..
memang susah la dah nak berblog..
sebab?
sebabnye kalo nak berblog nana lebih suka pakai laptop..
senang nak menaip pepanjang resepinye.

so petang ni nana merajinkan diri sikit on laptop update resepi yang baru d cuba pagi tadi..
resepi ni dapat dari FB share..
asal bukak fb (kat hp), mesti nak telek resepi and gambar keknye..
sebab ape??
sebabnye i ols terrrrsangatlah suke ciskek dan caramel.
dan bila 2 benda ni bergabung?
walah! superb best.

untuk resepi ni, nana sedikit menderhaka pada resepi asal..
makanya, bawah ni nana share dedua resepi,
resepi asal dan resepi yang nana ejas..
terpulang u ols nak wat yang mana..
bawah tu nana terangkan skali sebab apa nana ejas ye..
okey lah xmau celoteh panjang sebab jap lagi nak up resepi lain plak..



kepada empunya resepi, terima kasih share resepi yang best ni <3
Dari sumber: momwhatsfordinner

mini caramel cheesecake versi nana (yang font kaler merah)
( nana wat separuh adunan je tadi, if uols nak wat banyak, ganda 2 lah ye.. if wat sebaruh tadi, nana dapat la 9 ketoi guna pan cupcake size besar)

Memula skali kita siapkan karamel dulu, senang if dah karamel siap dah sejuk. nanti tinggal tuang je bila kek siap..

untuk karamel nana tak wat separuh adunan..so nanti akan ada baki karamel. Baki tu bleh guna untuk benda lain or wat minum campur ngan air nescafe..sedap!

Bahan karamel:
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar air
Mentega 1 sudu besar
1/2 cawan susu sejat -->nana ganti ngan 1/2 cawan whipcream or heavy cream (tak perlu putar)
1 sudu kecil vanila
secubit garam ( masa dah gaul tu boleh rasa and laraskan ikut kemasinan masing-masing)
karamel ni sedap if ada rasa masin-masin manis..

cara-cara:
gabungkan gula pasir dan 2 sudu besar air di dalam priuk, jika jenis periuk berat pastikan dengan api yang sederhana tinggi; masak sehingga gula larut , kacau perlahan-lahan selama 3 minit.
Hentikan kacau dan masak 10 minit atau sehingga warna gula brtukar coklat brcahaya. Angkat dari api ; berhati-hati masukkan mentega dan susu (cream, garam, vanila dan mentega).kacau rata dan boleh rasa if nak ejas tambah garam or vanila lagi bagi sedap. letak diatas api yang sederhana tinggi sehingga adunan gula menjadi caramelized. Masak hingga mendidih,masak 1 minit.
Angkat periuk dari api, sejukkn karamel pada suhu bilik. Tutup dan sejukkn selama 1 jam atau sehingga sedikit pekat.


Now kita wat base ciskek nyer pulak..
Bahan-bahan base:
1 cawan almond powder
1/2 cawan slivered almond (badam yg dcincang halus2)
1/4 cawan gula
1/4 sudu teh halus Garam
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh Baking Soda
1/4 cawan mentega cair

Panaskan ketuhar kepada 350 darjah F.
hancurkan badam slivered anda.
Dalam mixer pukul bersama badam tepung , badam slivered , baking soda, garam, gula dan kayu manis. Tambah mentega dan gabungkan dengan sudu.

nana tak guna base resepi asal di atas..
nana guna base oreo:
lebih kurang separuh bungkus biskut oreo, dibuang krimnya dan dihancurkan
campur dengan sesudu besar mentega.
gaul rata. 
Letak pelapik@krtas muffin pda tin muffin. Letak campuran  kerak/base tadi kedalam cawan kertas.tekan2 kan dgn jari anda.
Bakar selama 10 minit.
depends pada oven memasing. oven nana skejap je, 5minit cukup. kalo tak nanti hangus plak.

now wat untuk bahan ciskek plak
-sumber google-
contoh gambar pan cupcake nana pakai..
alas dengan kertas cawan..

Bahan-bahan:
19 auns krim keju --> 250gm cream cheese (1 block) 
3 biji telur  --> 1 biji telor
1/4 cawan gula --> if tak nak manis boleh kurangkan
1 sudu kecil vanila 
1 sudu besar air perahan lemon --> if suka masam boleh lebihkan lagi
1 sudu besar whip cream or heavy cream ( untuk ringankan lagi ciskek) -- optional jer, xde xpe.

Dalam mangkuk , tambah krim keju , vanila , gula dan telur. Pukul sehingga kembang.
Masukkan cream dan putar hingga sebati, masukkan air perahan lemon. putar lagi. Masukkan adunan ke dalam tin muffin atas crust yg telah masak tadi.
Bakar selama 40 minit.Bergantung oven memasing..nana bakar 20 minit jer sebab oven cepat panas. Setelah sejuk , bahagian tengah akn mnjadi sedikit jatuh dan ini adalah inden yang sempurna untuk meletak karamel nanti.
Sudukan kira-kira 1 sudu karamel atas disetiap kek keju.sedia utk dimakan!

SELAMAT MENCUBA!!

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes