Croissant

5 comments

Assalamualaikum

Setelah sekian hari tertunda siaran nak wat croissant
akhirnya dapat gak laksanakan hajat tertangguh ku itue..
hasrat nak mentry resepi croissant..
Alhamdulillah hasil rujukan dari blog omputih ni..
dapat gak aku merasa membuat croissant sendiri..
siap ada step by step bergambar lagi dia ajar..
sangat-sangat 'simple' sebenarnya nak membuatnya
bahan-bahan pulak just guna bahan-bahan asas wat roti saje..


Ok, resepi ni nana amek dari blog Sweet Bake
kalau nak tengak step by step bergambar leh rujuk kat sana ye..
kat sini nana terangkan secara ringkas aje lah..
sebabnya step nya sangatlah panjang berjela....

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan susu suam
1/4 cawan gula perang
1 sudu besar + 1/4 sudu kecil yis
3 3/4 cawan tepung serba guna
1 sudu besar garam
250gm butter sejuk
 1 biji kuning telur untuk sapu
1 sudu kecil susu untuk sapu

Cara-cara:

Masukkan susu suam, gula perang, dan yis kedalam mangkuk pengadun.
Biarkan selama 5minit sehingga yis mengembang dan berbuih.
masukkan tepung dan garam, kemudian adun selama 7 minit sehingga adunan membentuk doh lembut.
Letak diatas papan pencanai, uli doh menggunakan tangan selama 2minit
tambah tepung jika perlu. 
gelek doh membentuk 4segi ssetebal 1 1/2 inci.
Balut dengan plastic wrap dan simpan dalam peti selama 1jam

sementara menunggu doh didalam peti,
alaskan papan mencanai dengan plastic wrap,
kemudian letakkan butter, cover semula butter diatasnya dengan plastic wrap semula.
gelek butter membentuk 4segi kira-kira 8x5inci.
simpan dalam peti.
(tak paham boleh rujuk gambar dalam blog tadi)

Setelah sejam,
keluarkan doh dan butter,
letakkan butter diatas doh dan lipat doh menutupi butter.
*gelek membentuk segi4  kira-kira 10x6inci
kemudian lipat hujung doh ketengah seperti melipat kertas

ulang step tadi iaitu gelek doh sepanjang 10x6inci kemudian lipat.
balut guna plastic wrap tadi,
simpan dalam peti selama 30minit.**

keluarkan dan ulang proses bermula dengan tanda * hingga tanda ** diatas

seterusnya,
bahagi 2 doh.
1 doh simpan dalam peti, 1 lagi teruskan dengan proses melipat croissant
canai doh membentuk segi4
kemudian bahagikan kepada beberapa segi3 (rujuk blog untuk step ini)
rehatkan doh yang telah membentuk croissant skejap.
sapu doh dengan kuning telur dan susu tadi,
bakar pada suhu 180c kira-kira 20minit (sehingga kuning keemasan)
siap!
enak makan panas-panas time menikmati minum petang :)

Apam Pelangi

2 comments

Assalamualaikum :D

Harini ni nak update sket resepi yang dah wat minggu lepas..
resepi apam yang terrsangat mabless!!
pasai pa mables??
sebab sangat simple dan nyummo!
ekceli dah lama nana peram resepi ni..
dah lama nak try buat..
tapi baru minggu lepas tergerak ati nak buat
bahan-bahannya plak sikit jer..
bayangkan lah..
petang tu nak gerak ke kuantan kol 6pm..
time tu plak dah kol 3pm..
terus capai semua bahan-bahan,
timbang itu ini and campak je smua bahan-bahan...
terus masuk loyang & terus kukus..
tak sampai kol 4.30pm dah siap!!

hasilnyaaa?


Taraaaaaa~!


sekejap je dah siap membuatnya..
gebu je kejadiannya..
so apa tunggu lagi..
cuba laa resepi yang sangat simple ni..
kompom anak-anak suka :D
oh!~anak ku lom bleh makan lagi..


Resepi asal dari blog kak Norkhamsiah

Bahan-bahan :

4 biji telur
2 sb ovellette
1 sk vanilla 
220 gram gula castor
300 gram tepung gandum
250 ml santan kara
1 st baking powder 
3 pewarna

cara-caranya:

Telur, ovellette dan gula castor dipukul hingga gebu dan pekat.
Masukkan vanilla dan pukul sebati.
Ayak tepung gandum dan baking powder.
Masukkan santan kara tadi dan pukul sebati.
Masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 3 warna yang disukai.
Senduk ke dalam loyang yang telah dialas. Senduk selapis demi selapis mengikut warna.
Masukkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Tutup penutup kukusan dengan aluminium foil atau kain dapur.
Kukus selama 30 -40 minit hingga masak.
Dah siap :)

Oreo chilled cheesecake

0 comments

Assalamualaikum...

Agak lama nana tak bersiaran
last bersiaran masa wat kek betday untuk en.suami
masa tu sebelum bersalin..
dan skarang?
baby dah nak masuk 5bulan pun..hihihi
Okeh..tak mau cerita panjang
harini nana nak masukkan resepi ciskek
sangat simple!
budak umo 10 tahun pun bleh buat
and konfem jadi!
sebab apa?
tak perlu bakar, tak perlu kukus...
campur bahan-bahan..
terus simpan dalam peti..
kemudian?
Nnnggaappp!!

nana amek resepi ni dari blog mimibakeryhouse
tapi resepi yang nana amek ekceli resepi marble cheesecake..
memandangkan oreo lebih digemari
and beli sebungkus biskut hancur oreo..
alang-alang gunakan skali dalam ciskek..


 (guna loyang 8")

Bahan-bahan:

Cake Base Ingredients:
150g biskut oreo hancur 
75g mentega cair

Method:
Gaul rata dua bahan di atas. Kemudian rata dan mampatkan adunan dalam tin loyang.
Simpan dalam peti sementara siapkan adunan cheese.

Cheese filling ingredients:
3/4 cup whipped whipping cream
4 tsps gelatine
4 tbsp hot water
250g cream cheese (room temperature)
4 tbsps sugar
6 tbsps milk
biskut oreo (kuantiti ikut lah nak letak banyak mana)

Method:

Putar whipping cream sehingga kembang.. ketepikan.
Campurkan gelatin dan air panas, gaul sehingga sebati.
Dalam bekas yang lain, 
campurkan gula dan cream cheese dan putar hingga lembut dan creamy. 
Masukkan campuran gelatin tadi beserta susu..putar lagi selama 5-8minit.
Campurkan adunan tadi bersama whipping cream dan biskut.
Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bekas loyang tadi.
Ratakan adunan dan boleh la tabur biskut oreo hancur diatasnya.
Anda juga boleh hias mengikut citarasa masing-masing.
Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 4jam sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba! ♥



Anda boleh cuba or rujuk resepi oreo chilled cheesecake dari blog lain:


Black & White Russian Choc Cake

2 comments

Assalamualaikum..

Harini kembali bersiaran :D
Mungkin ini resepi kek last sebelum nana bersalin..
atau mungkin akan ada lagi resepi yang sempat nana cuba sebelum bersalin nanti..hehehe
Harini 20/3/2013 bersamaan dengan Hari Lahir En.Suami ♥ yang ke 28..
Dari minggu lepas lagi nana dah mula survey-survey resepi kek sebenarnye..
dan akhirnyaa...
hasil terjahan dapur Cik Nor..
terus terpikat dengan resepi Black & White Russian Choc Cake..
Then, bila nana abis jer salin resepi dari dapur Cik Nor..
Kebetulan pula my feveret sifu, Kak Ita tayang resepi yang sama..
macam tau-tau jer yang nana ni memang nak buat kek ni kan..haha :P
dan yang paling best...
resepi dari dapur cik Nor & kak Ita disertakan step by step..
so untuk entry kali ni..nana tak buat laa step-stepnyer..
kalau Uóls nak tengak step, bleh rujuk dapur sifu-sifu berkenaan yerrr :)

Memandangkan nana dah salin resepi dari dapur Cik Nor,
so nana follow resepi Cik Nor..
Untuk resepi ni banyak versi..
Dalam dapur kak Ita, resepi cream cheese yang digunakan berbeza sedikit..
terpulang pada Uóls nak guna yang mana pun..
yang pasti semuanya NyummO!


Black & White Russian Choc Cake

Sumber boleh rujuk dari dapur sifu:
Nana copy paste resepi Dapur Cik Nor

Kek Coklat Moist :
loyang 8 in

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
3 biji telur gred A
2 cawan gula pasir - kisar halus
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak bunga matahari 

Bahan D
1 cawan air panas 

Cara-cara :
panaskan oven 15 minit suhu 180 celcius.
satukan semua bahan A kemudian ayak.
bahan B dipukul hingga kembang dan ringan.
masukkan bahan C dalam bahan B pukul sebati.
masukkan pula bahan A sedikit demi sedikit sambil dikaup-balik hingga sebati - guna whisk jer.
kemudian masukkan air panas mendidih dan kacau sebati adunan tersebut.
tuangkan adunan dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper dan diglis butter. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180 celcius. (ikut oven masing-masing yer, cikNor punya oven 1 jam untuk membakar kek coklat moist ni)

*boleh juga kalau nak kukus tapi kalau nak kek tahan lama lebih baik dibakar...don't worry kalau guna resepi ni walau dibakar keknya tetap moist.


Cream Cheese Frosting :

Bahan A
250 gm cream cheese phildelphia / tatura - cikNor guna philadelphia
90 gm gula kastor - kisar halus
1 biji lemon - ambil jus
1 sudu teh serbuk nescaffe - ayak
1 sudu teh coffee emulco
- cream cheese, gula dipukul kembang kemudian masukkan jus lemon, serbuk nescaffe dan coffee emulco...pukul hingga sebati.

Bahan B
125 gm UHT whipping cream
- pukul hingga soft peak.

Bahan C
125 gm fresh cream
- pukul hingga soft peak

Cara-cara :
masukkan bahan B dalam bahan A kacau sebati kemudian masukkan pula bahan C gaul hingga semua bahan sebati. simpan dulu dalam es box.


Ganache :

300 gm fresh cream
300 gm dark chocolate
25 gm butter

Cara-cara :
panaskan fresh cream hingga keluar buih-buih kecil, masukkan butter.
bila butter dah cair masukkan coklat kacau hingga coklat cair dan tiada ketulan.
sejukkan ganache supaya sedikit keras
* buat 2 adunan ganache ni sebab 1 adunan untuk paipkan atas kek (yg dah disejukkan hingga sedikit keras) 1 adunan lagi untuk tuang sebagai topping atas kek yer puan-puan.



Intai sikit kejadian dalam kek..hehe :D

Capati dan kari ayam simple

0 comments

Assalamualaikum..

Kali ni nana nak masukkan resepi my en.suami plak..
Menu makan malam kami tadi, dia buatkan capati..
and nana plak sediakan kari ayam..
Simple je rupanya nak wat capati ni..
bahan-bahan yang digunakan pun sikit jer.
dan yang paling penting.. Sedapp! ;)


Bahan-bahan:
1 cawan tepung atta
1/2 cawan air (agak-agak)
garam secukup rasa
1 atau 1 1/2 sudu besar minyak sapi

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan-bahan hingga jadi doh.
2. Rehatkan 30minit (tutup dengan kain lembab)
3. Canai doh dan goreng dengan sedikit minyak sapi / minyak masak
sedia untuk dimakan bersama kari :)

rupa capati en.suamiku..walaupun pelbagai bentuk, tapi rasanya, nyummy sdap!



Kari Ayam Simple 
Kari ayam ni simple je..
en.suami memang tak suka kari yang guna santan..
so kari spesis tak guna santan ni memang tahan lama and tak la muak kan..
kari ayam semua orang dah biasa masak kan...
so tak perlu la kot nana masukkan resepi kari ayam ni..
tapi kalau ada sesapa nak try kari ayam simple style nana ni..
mesej je nana ye..hehehe..
nana tak pakai daun kari.. gantikan dengan daun limau purut.
sedaap!..--> suami yang puji..hehehe ;)



Jemput makan ;) 1 keping memang tak cukup oke!

Plain Cheesecake topping blueberry

0 comments

Assalamualaikum

Memalam ni.. nana nak hupdate 1 resepi..
haritu terjumpa resepi ni kat cikadakbiru..
Memandangkan ada blueberry sebekas dalam peti..
and nana lak tak lama lagi dah nak bersalin..
so, apa yang ada harus di clearkan awal-awal..
kalau tak entah bila pulak nak buat nanti kan..hehehe..

Actually kek ni lebih kurang sama jer ngan cotton cheesecake..
cuma kek yang kali ni menggunakan 2kali ganda kuantiti cheese..
dan ada sedikit bahan yang tak digunakan dalam resepi ni.
So bila dah kata 2kali ganda..
bermakna kek ni lebih padat dengan cheese
tetapi lebih ringan berbanding cheesecake padat yang lainnya.

Ok, nana tak nak celoteh panjang sebab hari dah semakin lewat..
so, untuk resepinya, nana copy paste je la yer ;)

kek setelah di makeup dengan topping blueberry


credit: chikadakbiru
Bahan-Bahan:


Bahan A
500gram Cream Cheese
60 gram butter
½  tsp lemon juice

Bahan B
6 biji kuning telur
100 gram gula castor

Bahan C
6 putih telur
6 Tbs gula gastor

Bahan D
160gram susu UHT Full Cream (dutch lady)
60 gram tepung gandum

Cara-cara:

Panaskan oven dgn suhu 180’. Loyang springfoam 18 cm @ 9 inci, boleh juga guna loose base tin.
Alas loyang dengan baking paper. Sebaiknya alas juga disekeliling loyang dgn baking paper..bagi lebih sikit supaya adunan tak melimpah (CB buat mcm ni..tgk tak melimpah pun) Dan balut permukaan luar loyang dengan aluminium foil sebanyak 2 kali( kes takut masuk air)

1. Pukul Bahan B sehingga kembang dan bertukar warna pucat. Ketepikan
2. Pukul bahan A sehingga kembang . Kemudian masukkan bahan B dlm A. Pukul sehingga sebati.
3. Campurkan Bahan D sikit2 dalam step 2. Pukul lagi sehingga sebati. Kemudian ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga berbuih..kemudian terus masukkan 6 tbs gula castor…pukul sehingga kental dan bertanduk (terbalikkan, telur tidak akan terjatuh ‘meringue’)
5. Masukkan adunan putih telur ‘meringue’ td di dalam adunan cheese tadi . Kaup balikkan sehingga adunan rata. Tidak boleh terlalu over mix.
6. Bakar menggunakan kaedah bain marie iaitu loyang cheese dimasukkan dalam loyang yang lebih besar dan berisi air panas . Bakar dgn suhu 180 darjah selama 20 minit.. dan turunkan suhu 160 darjah dan bakar lagi selama 40 minit. Untuk mengelakkan permukaan atas kek menjadi gelap @ terlalu garing , bole letak aluminium foil. di atas loyang.
7. Bila dah masak tutup suis api, bawa keluar dulang yang berisi air panas td…dan tinggalkan loyang cheese ke dalam oven yang sedang panas itu dengan pintu oven sedikit terbuka. Tujuaannya utk mengelakkan kek merekah akibat terkejut dgn perubahan suhu.
8. Sejukkan cheesecake td dalam peti ais lebih kurang 3-4 jam sblm dihidangkan.(untuk kenikmatan berganda bole hias dgn apa jua topping kegemaran anda)


Gabungan blueberry dengan cheesecake memang nyummo~!

Kek Red Velvet

2 comments

Assalamualaikum

Harini nana muatkan resepi kek si baldu merah a.k.a red velvet..
Actually kek ni nana wat masa nana balik kampung sebelum raya dulu..
tapi baru harini teringat nak masukkan resepi..
itu pun nasib baik ada member tanya nak resepi kek ni..
kalau tak, memang nana peram jer laa  resepi ni dalam buku nana yang semakin lunyai tu..hihihi


Resepi kek ni nana dah tak ingat amek kat mana..
try cari-cari tadi memang dah tak jumpa resepi asal ni..
so takpe la..nana gagahkan diri taip satu per satu yer :D

Bahan-Bahan kek:

2 1/2 cwn tepung kek *
2 tsp tepung jagung  *
1 tsp serbuk penaik *
-ayak semua sekali yang bertanda *
2 tbsp serbuk koko 
1 tbsp pewarna merah gelap
1/2 cwn butter
2 biji telur
1 1/2 cwn gula
1 tsp esen vanila
1 cwn buttermilk ♥
1 tsp cuka putih
1 tsp baking soda

Cara:

1) Gaul koko+pewarna merah hingga jadi pes tidak berketul. ketepikan
2) Pukul butter+gula hingga kembang dan masukkan telur.
3) Masukkan esen vanila dan pes merah tadi ke dalam adunan butter.
4) Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit selang seli dengan buttermilk hingga habis.
5) Dalam bekas lain, campurkan baking soda+cuka, apabila ia berbuih..masukkan ke dalam adunan kek tadi dan gaul sekejap saja supaya sebati.
6) Bakar selama 25-30minit(bergantung pada oven masing-masing) pada suhu 170c.
nana guna loyang 9"

7) Bila dah siap, boleh la bahagikan kek kepada 3 lapis dan sapukan dengan cream cheese.
Hias ikut citarasa masing-masing.
--------------------------------------------------

Cream Cheese

bahan-bahan:
500gm cream cheese
1/2 cwn butter
1 tsp esen vanila
2 cwn gula icing - ayak (kurangkan jika tak mau manis)

Cara:
1) Putar cream cheese+butter hingga kembang dan sebati
2) Masukkan gula+esen vanila, putar.

siap~!

-------------------------------------

♥Buttermilk

Kalau tak jumpa buttermilk kat kedai.. boleh wat sendiri guna resepi di bawah:

Bahan:
1 cwn susu fullcream
1 3/4 tbsp cream of tartar / 1 tbsp cuka / 1 tbsp jus lemon.
Cara:
Campurkan bahan tersebut dan kacau supaya sebati


ATAU boleh juga guna resepi di bawah


3/4 cwn yogurt + 1/4 cwn susu fullcream

Kek Chiffon Pandan

1 comments

Assalamualaikum

Lewat petang tadi nana try resepi kek chiffon pandan.
Actually dah laaaame sangat nak buat kek chiffon.
Kali terakhir wat kek chiffon ni masa zaman cuti skolah menengah dulu kot..
time tu mak nana laa rajin wat kek ni, nana tolong2 jer la.
Sebab  ape nana sukeee sangat ngan kek ni??
dah nama pun chiffon kan, so keknyer mesti lah gebus 
I kalo gebus-gebus ni memang suke jer..hihi :D

Kebetulan semalam en.suami amek banyak plak daun pandan kat umah officemate nyer..
then kelapa parut pun ada...
dengan hati yang tak tenteram nak perabiskan cecepat apa yang ada..
nana pun sanggup keluar pi beli loyang untuk kek chiffon ni..
owh ya, actually kalo nak guna loyang bulat or 4segi yang biasa pun boleh..
tapi nana lagi suka guna loyang chiffon sebab.....
kalau guna loyang biasa.. dah jadi kek span laa namanya kan..hehe.


Okeh.. resepi kek chiffon pandan ni nana dapat dari dapur Lilly.
Memang terbaik laa resepi kek chiffon ni..
terrrrrrsssangat laa gebus..
bukan takat gebus.. en.somi pun kata sedap sebab dalamnya moist jer.
Okeh tak mo cakap banyak..
kalau nak tau cemana kegebusan kek ni..
sila lah try yer!
konfem bebaloi-baloi punyaa~!


Resepi nana copy paste je la yer..
Memang dasar malas nak menaip resepi..haha!

Kek Chiffon Pandan
Sumber resepi: Yatie

Bahan-bahan
Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak*
2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara
Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup).
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

 Ps: Untuk perisa pandan.. nana blendkan daun pandan bersama kelapa parut. kemudian perah untuk dapatkan pati santan tersebut.

Hokkaido Chiffon Cupcake

2 comments

Assalamualaikum

Wah! sekian lama menyepi dapur chunkiess ni kan!
kemarin nana ada wat creampuff..
then inti custardnye masih ada berbaki..
so pagi tadi dah nekad nak try resepi Hokkaido cupcake.
dah lama nana simpan resepi ni..
nana amek resepi ni dari blog kak Ita..
Ramai yang dah try kata memang sedap kek ni..
and memang nampak sedap pun sebab kek ni sangat gebu
Struktur kek ni lebih kurang jer dengan Mamon Cake yang penah nana wat sebelum ni..
cuma beza kek ni ada guna tepung kastad sikit.
ok la..jom kita terus kepada cara pembuatannya.


Sumber asal : Dapur Masam Manis
Nana copy paste je la yer ;)

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

-------------------------------------------------------------------------------------

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.



Selamat Mencuba yer!!

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes