Capati dan kari ayam simple

0 comments

Assalamualaikum..

Kali ni nana nak masukkan resepi my en.suami plak..
Menu makan malam kami tadi, dia buatkan capati..
and nana plak sediakan kari ayam..
Simple je rupanya nak wat capati ni..
bahan-bahan yang digunakan pun sikit jer.
dan yang paling penting.. Sedapp! ;)


Bahan-bahan:
1 cawan tepung atta
1/2 cawan air (agak-agak)
garam secukup rasa
1 atau 1 1/2 sudu besar minyak sapi

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan-bahan hingga jadi doh.
2. Rehatkan 30minit (tutup dengan kain lembab)
3. Canai doh dan goreng dengan sedikit minyak sapi / minyak masak
sedia untuk dimakan bersama kari :)

rupa capati en.suamiku..walaupun pelbagai bentuk, tapi rasanya, nyummy sdap!



Kari Ayam Simple 
Kari ayam ni simple je..
en.suami memang tak suka kari yang guna santan..
so kari spesis tak guna santan ni memang tahan lama and tak la muak kan..
kari ayam semua orang dah biasa masak kan...
so tak perlu la kot nana masukkan resepi kari ayam ni..
tapi kalau ada sesapa nak try kari ayam simple style nana ni..
mesej je nana ye..hehehe..
nana tak pakai daun kari.. gantikan dengan daun limau purut.
sedaap!..--> suami yang puji..hehehe ;)



Jemput makan ;) 1 keping memang tak cukup oke!

Plain Cheesecake topping blueberry

0 comments

Assalamualaikum

Memalam ni.. nana nak hupdate 1 resepi..
haritu terjumpa resepi ni kat cikadakbiru..
Memandangkan ada blueberry sebekas dalam peti..
and nana lak tak lama lagi dah nak bersalin..
so, apa yang ada harus di clearkan awal-awal..
kalau tak entah bila pulak nak buat nanti kan..hehehe..

Actually kek ni lebih kurang sama jer ngan cotton cheesecake..
cuma kek yang kali ni menggunakan 2kali ganda kuantiti cheese..
dan ada sedikit bahan yang tak digunakan dalam resepi ni.
So bila dah kata 2kali ganda..
bermakna kek ni lebih padat dengan cheese
tetapi lebih ringan berbanding cheesecake padat yang lainnya.

Ok, nana tak nak celoteh panjang sebab hari dah semakin lewat..
so, untuk resepinya, nana copy paste je la yer ;)

kek setelah di makeup dengan topping blueberry


credit: chikadakbiru
Bahan-Bahan:


Bahan A
500gram Cream Cheese
60 gram butter
½  tsp lemon juice

Bahan B
6 biji kuning telur
100 gram gula castor

Bahan C
6 putih telur
6 Tbs gula gastor

Bahan D
160gram susu UHT Full Cream (dutch lady)
60 gram tepung gandum

Cara-cara:

Panaskan oven dgn suhu 180’. Loyang springfoam 18 cm @ 9 inci, boleh juga guna loose base tin.
Alas loyang dengan baking paper. Sebaiknya alas juga disekeliling loyang dgn baking paper..bagi lebih sikit supaya adunan tak melimpah (CB buat mcm ni..tgk tak melimpah pun) Dan balut permukaan luar loyang dengan aluminium foil sebanyak 2 kali( kes takut masuk air)

1. Pukul Bahan B sehingga kembang dan bertukar warna pucat. Ketepikan
2. Pukul bahan A sehingga kembang . Kemudian masukkan bahan B dlm A. Pukul sehingga sebati.
3. Campurkan Bahan D sikit2 dalam step 2. Pukul lagi sehingga sebati. Kemudian ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga berbuih..kemudian terus masukkan 6 tbs gula castor…pukul sehingga kental dan bertanduk (terbalikkan, telur tidak akan terjatuh ‘meringue’)
5. Masukkan adunan putih telur ‘meringue’ td di dalam adunan cheese tadi . Kaup balikkan sehingga adunan rata. Tidak boleh terlalu over mix.
6. Bakar menggunakan kaedah bain marie iaitu loyang cheese dimasukkan dalam loyang yang lebih besar dan berisi air panas . Bakar dgn suhu 180 darjah selama 20 minit.. dan turunkan suhu 160 darjah dan bakar lagi selama 40 minit. Untuk mengelakkan permukaan atas kek menjadi gelap @ terlalu garing , bole letak aluminium foil. di atas loyang.
7. Bila dah masak tutup suis api, bawa keluar dulang yang berisi air panas td…dan tinggalkan loyang cheese ke dalam oven yang sedang panas itu dengan pintu oven sedikit terbuka. Tujuaannya utk mengelakkan kek merekah akibat terkejut dgn perubahan suhu.
8. Sejukkan cheesecake td dalam peti ais lebih kurang 3-4 jam sblm dihidangkan.(untuk kenikmatan berganda bole hias dgn apa jua topping kegemaran anda)


Gabungan blueberry dengan cheesecake memang nyummo~!

Kek Red Velvet

2 comments

Assalamualaikum

Harini nana muatkan resepi kek si baldu merah a.k.a red velvet..
Actually kek ni nana wat masa nana balik kampung sebelum raya dulu..
tapi baru harini teringat nak masukkan resepi..
itu pun nasib baik ada member tanya nak resepi kek ni..
kalau tak, memang nana peram jer laa  resepi ni dalam buku nana yang semakin lunyai tu..hihihi


Resepi kek ni nana dah tak ingat amek kat mana..
try cari-cari tadi memang dah tak jumpa resepi asal ni..
so takpe la..nana gagahkan diri taip satu per satu yer :D

Bahan-Bahan kek:

2 1/2 cwn tepung kek *
2 tsp tepung jagung  *
1 tsp serbuk penaik *
-ayak semua sekali yang bertanda *
2 tbsp serbuk koko 
1 tbsp pewarna merah gelap
1/2 cwn butter
2 biji telur
1 1/2 cwn gula
1 tsp esen vanila
1 cwn buttermilk ♥
1 tsp cuka putih
1 tsp baking soda

Cara:

1) Gaul koko+pewarna merah hingga jadi pes tidak berketul. ketepikan
2) Pukul butter+gula hingga kembang dan masukkan telur.
3) Masukkan esen vanila dan pes merah tadi ke dalam adunan butter.
4) Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit selang seli dengan buttermilk hingga habis.
5) Dalam bekas lain, campurkan baking soda+cuka, apabila ia berbuih..masukkan ke dalam adunan kek tadi dan gaul sekejap saja supaya sebati.
6) Bakar selama 25-30minit(bergantung pada oven masing-masing) pada suhu 170c.
nana guna loyang 9"

7) Bila dah siap, boleh la bahagikan kek kepada 3 lapis dan sapukan dengan cream cheese.
Hias ikut citarasa masing-masing.
--------------------------------------------------

Cream Cheese

bahan-bahan:
500gm cream cheese
1/2 cwn butter
1 tsp esen vanila
2 cwn gula icing - ayak (kurangkan jika tak mau manis)

Cara:
1) Putar cream cheese+butter hingga kembang dan sebati
2) Masukkan gula+esen vanila, putar.

siap~!

-------------------------------------

♥Buttermilk

Kalau tak jumpa buttermilk kat kedai.. boleh wat sendiri guna resepi di bawah:

Bahan:
1 cwn susu fullcream
1 3/4 tbsp cream of tartar / 1 tbsp cuka / 1 tbsp jus lemon.
Cara:
Campurkan bahan tersebut dan kacau supaya sebati


ATAU boleh juga guna resepi di bawah


3/4 cwn yogurt + 1/4 cwn susu fullcream

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes