SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

0 comments

Nana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin untuk semua yang melawat blog dapur nana dan trima kasih kerana sudi menjengah dapur ni k..kite jumpa lagi dengan resipi baru lepas abis raya :D

♥♥♥♥


Kek Karamel

0 comments

Salam ramadhan ke-24 semua. Esok Nana dan suami dah nak terbang pulang kg. Semalam sempat lagi Nana wat biskut famous amos versi ke III (kali ni tak letak koko) sebab nak menghabiskan baki kekacang dan bahan yang ada..lepas raya konfem dah tak buat. Sebelum wat biskut tu, nana sempat buat kek karamel. Sebenarnye kek karamel ni nana dah penah makan..kakak nana penah wat sbelum ni.. tapi nana malas nak wat sebab dah tau suami kalau asal nama kek cheese or kek karamel memang dia tak gemar. Last-last  semalam tringin nak cuba jgak buat sendiri..
Nana ambil resipi dari sini..so I copy paste je la.. (biasa la dasar kemalasan..hehe)

Ni gambar kek karamel sebelum dibakar..

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

* saya tambah satu sudu besar kastard di sini.

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...
*masak menggunakan api bawah sahaja. Loyang tak perlu digriskan terlebih dahulu.

Semalam nana guna paste strawberry & coklat..so ada rasa strawberry & coklat

Almond London

0 comments

Alhamdulilah...tertunai dah hajat ati ni nak wat almond london mcm Kak Ita buat..hehehe
Selagi tak buat selagi tu tak senang ati duk pikir je bila nk dapat almond london cmtu..
Tengahari semalam pegi juga beli barang yang takde(sempat shopping)..balik je trus buat.
Bayangkan macam mana kederat yang ade time tu.. memang bila penghujung terus main cincai je sebab penat...hahaha..sebab tu deco ade main hantam karma..ehehe.

 Taraaa!! ni la hasilnya :D ok x?

Ok Resipi asal dari blog kak ita, so I copy paste je lah yer (malas sungguh! ) :D
TQ kak Ita for the recipe! Luv It so much ♥

Bahan-Bahan:
250 gm butter

450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupmnya 
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.

Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan dengan coklat putih. 
terpulang pada citarasa masing.

Haa tengak laah hasilnya..bezaan orang teliti buat (kak ita) dan yang aku wat(gambar di atas ni)..hahah tu semua gara-gara dah penat sangat dengan kejar masa nak masak lauk berbuka, dan masa nak pipe coklat putih tu..tangan ni terpaksa menahan kepanasan sebab coklat putih tu panas sgt..hihihi

Kire pass la ae..rasa pun sodap!! sehingga menjilat jari :D
Smalam almond habis, yg bentuk camni nana guna hazelnut..so bentuk pun bulat la..hehe



Tart Nanas♥

0 comments

Salam Ramdhan ke19 semua :D
Ok sepeti yang Nana katakan smalam..Nana wat tart Nanas.
1st time in my life wat tart nanas gulung. Inti pun wat sendiri tau.
Sebelum ni penah je wat tart masa muda remaja dulu tolong mak..
tapi time tu wat tart bunga (yang inti letak tengah).
Kalau nak tau, setiap rumah yang nana pegi mesti cari tart nanas.
haish tengah cakap ni pun dah terliur jer tekak nak makan tart.hehehe
ok la trus tengak resipinye..jom!

Bahan- Bahan:

♥ 1 biji nanas - diparut
♥ 1 batang kulit kayu manis + sedikit bunga cengkih
♥ 1 senduk gula
♥ setitik pewarna merah+kuning
♥ daun pandan (nana takde)
*350g tepung gandum
(semalam tepung gandum ada sikit je, nana guna 300g tpg gandum, 30g tepung kastad, 20 tepung susu)
*50g tepung jagung
50g gula castor
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila
60g butter
190g marjerin
(semalam nana guna 90g butter, 200g marjerin)

*ayak kesemua tepung
♥ bahan inti

Cara-cara inti ♥:

1) Masak nanas yang telah diparut (jangan buang airnya) bersama daun pandan sehingga airnya agak kering 
 2) Masukkan gula,kayu manis,cengkih dan pewarna sikit (terpulang nak warna camne pun)
3) Biarkan nanas masak sehingga pekat dan betul-betul kering (rasa lah nanas tu kalau kurang manis, tambah lagi gula..terpulang pada citarasa masing-masing k)

 Dah siap, ketepikan.

Cara -cara:
1) Putar butter+marjerin bersama gula sehingga sebati.
2) masukkan kuning telur dan esen vanila
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
*jika adunan masih kering (beketul), tambahkan marjerin sehingga doh boleh digunakan dalam bekas acuanya
4) Bila doh dah siap, boleh la guna acuannya untuk dapatkan hasil seperti gambar dibawah

 5) Ok seterusnya gentel bulat-bulat adunan nanas tadi seperti gambar dibawah untuk memudahkan kerja menggulung
 6) letak nanas di atas doh dan gulung
7) Sapu sedikit kuning telur sebagai hiasan
 8) Bakar dalam oven pada suhu 170 dc selama 15-20 minit.

Dah siap :)

*ps: Basic resipi ni nana terjumpa dari 1 blog. tapi nana dah tak ingat apa blognya..dan nana adjust beberapa kuantiti dan bahannya.Resipi inti pulak nana amek dari myresipi.

Ayam Percik Kelantan

0 comments

Salam semua..
harini Nana baru nak add resipi yang sbenarnya lama dah wat..bulan lepas kalo tak silap.
Cuma haritu buat and snap gambar untuk anta laporan kat Myresipi je..
Nak masukkan kat blog memang tak terpikir sebab blog ni kan baru je ditubuhkan..hehehe :P
Nana jumpa resipi ni kat Myresipi.
Resepi ni memang sedap! so bleh la korang cube lpas ni. 


Bahan-Bahan:
Ayam
Santan
*Bawang putih
*Bawang besar
*halia
*serai
*ketumbar
*jintan putih
tepung beras
asam jawa / asam keping
cili kering / cili boh
garam & gula secukup rasa
(kuantiti terpulang pada kuantiti dan saiz ayam)

Cara-cara:

1) Blend semua bahan bertanda *, dan perap ayam selama 30minit
2) kemudian masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk bersama semua bahan yang lain.
3) Masak ayam sehingga 3 suku masak dan kuah agak pekat.
4) Angkat ayam dan masukkan sedikit kuah ke dalam loyang pembakar
5) Bakar dalam oven pada suhu 200 dc selama 1/2 jam atau keperangan
6) Hidang ayam yang telah dicelup dengan baki kuah tadi

Siap...!

Rendang Ayam

0 comments

Salam semua.. ok hari ini Nana nak add 1 lagi resepi yang biasanya harus ade masa musim raya. Ekceli semalam Nana wat rendang ayam untuk berbuka. Pastu wat lebih sket untuk sahur pagi tadi. Hasilnya.. gambar rendang yang sempat ditangkap masa sahur tadi jer..tu pun versi rendang ayam panas semula dari peti  and telah di adjust tambah air sket sebab Nana memang suke makan nasi dengan kuah :)


Bahan-Bahan:

ayam
Bawang merah - dihiris
*bawang merah & putih
*serai
*halia
*kunyit idup / serbuk kunyit
*cili padi
cili boh / cili kering yang telah direndam air panas & di kisar
daun kunyit
santan
kerisik
garam & gula

Cara-cara:

Semua bahan yang bertanda * perlu dikisar terlebih dahulu
1) Tumis bawang yang dihiris kemudian masukkan cili boh. Masak hingga pecah minyak.
2) masukkan bahan yang telah dikisar dan masukkan ayam
3) apabila sudah mendidih dah separuh masak, bolehlah masukkan santan dan kacau hingga kuah semakin pekat.
4) masukkan juga daun kunyit untuk menaikkan bau dan perasakan dengan garam dan gula.
5) Masaklah ayam sehingga kuah menjadi pekat 

Selamat Mencuba!

Biskut Famous Amos versi II

0 comments

Salam.. semalam Nana wat biskut famous amos. Tapi kali ni Nana ubah sikit resipinyer and Nana nak update sket resipi ni. Nana masih menggunakan resipi asal cuma untuk dapatkan warna yang lebih gelap, nana tambah 2 sudu serbuk koko. Alrite.. untuk bahan-bahan dan cara..sila pergi ke link ini.
Ok..masa mengadun, hasil doh kalau boleh jangan terlalu kering. Kalau dah siap masukkan kesemua bahan tapi nampak macam kering, boleh lah tambah minyak 2 atau 3 sudu.
Kemudian untuk dapatkan hasil biskut yang lebih rangup, 
masukkan doh ke dalam peti terlebih dahulu selama 15-30 minit.

Bentukkan doh menggunakan tapak tangan untuk dapatkan hasil seperti di atas

Bakar pada shu 170 dc. Jika biskut cepat hangus, boleh lah turunkan sedikit suhu sekitar 160 dc dan adjust aras loyang pembakar (bergantung kepada oven masing-masing)

Selamat Mencuba!! :D

Biskut Almond chunkiess

0 comments

Salam Ramadhan ke-16 untuk semua :D
Ok baru jap tadi Nana siapkan 1 lagi biskut untuk raya kali ni..
Sebenarnye Nana jumpa resipi ni dalam buku masakan free masa beli oven dulu.
Bila belek-belek..terjumpa lah resipi Hazelnut Rossettes...
Semua bahan ada..kecuali hazelnut.. aha!
dalam peti ada almond..then I trus kisar almond menggantikan hazelnut.

Hazelnut Rossestes camni rupanya..

Haa ni lg satu hal.. nama resipi Hazelnut Rossestes.. 
memandangkan Nana dah guna almond..so dah tak leh guna nama tu..
Rossestes pun dah tak leh guna sebab Nana wat bentuk bulat jer..
Nak jgak wat bentuk Rossestes yang sebetulnya tapi kat umah tak ada piping bag bunga besar..
Last-last tukarlah nama kepada Biskut Almond Chunkiess..hehe OK tak??
Jangan mara haaa...


Bahan-bahan:

120g butter/marjerin
50g gula kastor
30g kacang almond kisar / hazelnut
120g tepung gandum
1/2 sudu teh vanilla
 choc chips untuk hiasan secukupnya
*Nana oter resipi..tambah 3 sudu nestum (takde pun tak ape..saje suke testing..hehe)

Cara-cara:

1. Putar gula dan butter sehingga kembang.
2. Tambah sedikit esen vanilla..dan putar lagi..
3. Masukkan almond, *nestum dan tepung, putar hingga sebati.
4. Bentuk doh bulat-bulat ke dalam kertas cupcake dan hiaslah dengan choc chips.
5. Bakar pada suhu 170 dc selama 20 minit sehingga kekuningan.

Ini lah hasil sebelum masuk oven.


Taraaa...!!!

**Kalau ada piping bag leh la wat rossesttes!

Asam Pedas Ikan Pari

0 comments

Selamat Berpuasa! Harini dah separuh bulan kita berpuasa. Sekejap jer rasanya dah masuk hari ke-15 kan.
Ok lah.. harini Nana nak update resipi yang Nana wat untuk juadah berbuka semalam, Asam pedas ikan pari.


Bahan-Bahan:

Ikan pari - terpulang lah nak wat ikan ape pun..
bawang merah & bawang putih - kuantiti berdasarkan kuantiti ikan
2 batang serai
sedikit belacan - dibakar atas api sekejap
cili boh / cili kering yang telah di blend
Air asam / asam keping
1 bunga kantan
Tomato & kacang bendi
garam dan gula secukup rasa
*pes asam pedas (nana suke masukkan untuk pekatkan lagi kuah..kaw! kalau tak ada pun tak pe)

Cara-cara:

1. Blend kan bawang putih + bawang merah + belacan + serai. Kemudian tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan masak hingga garing. *masukkan pes asam pedas jika mahu.
3. Masukkan air asam dan sedikit air untuk kuah (kira-kira 2 - 3 cawan).
4. Masukkan bunga kantan + ikan..biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang bendi dan tomato, Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Apabila ikan telah masak, boleh lah sedia untuk di hidangkan.
Selamat Mencuba!

Ikan Bawal Sweet Sour

0 comments

Semalam tetibe teringin plak nak wat sweet sour ngan telur bungkus (menu feberet kalau kat kedai).
Tapi bila nak masak petang smalam, dalam peti ada ayam je.. ingat nak wat hari lain je..
tapi disebabkan suami dah teliur nak jgak..so petang tu pegi lah kluar beli barang skejap.
Balik-balik jer dah dekat pukul 6, berbuka kat sini kul 6.54pm.
Bayangkan nak masak 3 benda dalam masa 54minit..
1) Ikan bawal sweet sour
2) Telur bungkus
3) Sayur goreng
Last2 suami tolong goreng sayur..berbuka plak dah lewat 5 minit, masak punye hal..haha :)

Ni lah hasilnya semalam..tp lupa nak beli nanas :)

Bahan-bahan (kuantiti terpulang citarasa masing-masing) :

ikan -tak kisah ikan apa pun
Bawang merah & bawang putih - dipotong dadu / dihiris
Cili besar - hiris
Mix vegetables + nanas
tomato - dipotong dadu
sos cili
sos  tomato
garam + gula
minyak masak

Cara-cara:

1. Ratakan garam dan sedikit kunyit pada ikan, kemudian goreng hingga garing. Kalau gantikan kunyit dengan tepung jagung pun boleh. ketepikan.
2. Tumis bawang hingga naik bau. Kemudian kasukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air.
3. Bila dah mendidih, masukkan kesemua bahan tadi dah perasakan dengan sedikit garam dan gula.
4. Curah kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Selamat Berbuka :D

Kuah Yong Tau Fu

0 comments

Berbuka puasa harini, Nana wat lauk ayam masak lomak cili api (arini wat tawar sikit almaklum lah bulan puasa).. tapi kali ni bukan nak crite pasal lauk masak lomak tu sebenanye.. tapi Nana nak share resipi kuah yong tau fu yang suami Nana wat petang tadi..sedap plak tu..Cukup rasa.

Dah habis makan fish ball, crab stik dan lain-lain baru teringat nak amek gambar.. tu pun dah salin bekas untuk simpan dalam peti baru nak amek..so gambar ni je yang sempat dirakam :D

Bahan-Bahan:

2 sudu besar petis/otak udang
1 sudu besar tepung jagung
2 keping gula melaka
2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
4 sudu besar sos cili
Gula dan garam

Cara-cara:

Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula melaka. Masak sehingga agak pekat sedikit. 
Masukkan petis udang,sos cili, bawang putih, garam dan gula secukup rasa.
kacau tepung jagung sehingga sekata di dalam cawan yang berisi air. Masukkan ke dalam periuk.
Kacau sehingga sebati. Biar selama 2-3 minit di atas api.
Siap untuk dihidangkan dengan bebola ikan,sotong,ketam dan sebagainya yang telah dicelur dengan air panas.
Selamat mencuba :D

Apam Comel

0 comments

Ni apam kegemaran adik nana. Kalau pagi-pagi gi kedai beli kuih masa dulu mesti dia suh beli apam ni. 
Resipi ni nana dapatkan dari mak nana. Simple sangat cara dan bahannya.
 Rasa pun sedap sebab gebu-gebu gitu.hehe. 

Atas ni apam yang nana buat utk pot luck di opis bulan lepas

Bahan-Bahan:

1/2 Kilo tepung
1/2 kilo gula halus/caster- kurangkan jika suka kurang manis
1 sudu besar ovelet
5 biji telor
1 tin air aiskrim soda

Cara:

Pukul gula dan telir dengan ovelet sehingga kembang dan putih. Masukkan air aiskrim soda. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Biarkan rehat sekejap. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Kemudian masukkan dalam bekas acuan mengikut citarasa masing-masing untuk mendeco warnanya dan kukus selama 15-20 minit.

Kek Gulung Kaseh ♥

1 comments

Masa dulu.. setiap kali menjelangnya hari raya di Brunei.. nana paling suke beraya rumah orang sebab kebanyakannya mesti menghidangkan kek gulung. Dan kadang-kadang mak nana pun akan wat kek gulung kegemaran nana ni especially yang ada perisa peppermint..waah nyaman!
Setelah sekian lama berlalu.. baru-baru ni tergerak hati nak try wat semula kek gulung ni bila ternampak resipi dalam blog kak Izzah. Comel jer kek gulung dia, bahan-bahan pun ringkas. Bila dah try beberapa kali..ternyata memang best! Keknya sangat gebu.

Ni kek gulung nana versi 1 guna filling blueberry.. skejap je dah abis dimakan

Versi 2 wat gna whipcream campur strawberry..ramai suke yang ni..

Sumber resipi dari Izzah Muffin Lover. Thanks Kak!

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

*Seeloknya disimpan di dalam peti terlebih dahulu sebelum dimakan



Quiche

2 comments


Haa..kepada penggemar cheese.. pastinya you all akan suka resipi ni. 
Quiche ni adalah makanan berasaskan ubi kentang yang dilapis dengan daging ayam/lembu diikuti dengan taburan cheese serta sos susu istimewa secara berlapis-lapis.
Hasilnya..very yummy!! tak caya? cubalah ;)

 lapisan yang terdiri daripada kentang, daging dan cheese

sebelum dibakar: bahagian atas diliputi cheese dan sos susu


Tengaklah lapisan-lapisannya yang... YUMMY!!~

Bahan-bahan:
*kuantiti terpulang pada berapa banyak/besar hidangan

Kentang - dihiris membulat sederhana tebal
susu segar
cendawan butang - dihiris
keju cheddar (diparut) /mozarella
daging ayam/lembu kisar - direbus hingga empuk
bawang merah & putih
serbuk lada hitam
sedikit garam & marjerin

Cara:
1. Masukkan semua kentang dalam frying pan (tak kisah lah ape-apa)
2. Kemudian taburkan garam dan gula serta letakkan sedikit marjerin di atasnya.
3. Tuang susu ke atas kentang sehingga paras kentang (semua tenggelam).
4. Letak di atas dapur dan masak sehingga kentang lembut.
5. Tos kan sos susu (asingkan sos dan kentang).. ketepikan sekejap.
6. Tumis bawang dan masukkan daging yang telah direbus dan cendawan butang serta masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam, angkat..

Cara melapis:
lapisan 1 : masukkan susun kentang memenuhi lapisan pertama.
kemudian tuangkan 2 atau 3 sudu sos ke atasnya
lapisan ke 2: taburkan daging sedikit.
lapisan ke 3: tabur cheese di atasnya.
kemudian tuangkan 2 atau 3 sudu sos ke atasnya
seterusnya ulang langkah 1 hingga 3 sehingga memenuhi bekas
*Untuk lapisan teratas, akhiri dengan taburan cheese menutupi bekas dan dibasahi dengan sos susu agar cheese tidak hangus ketika dibakar.
akhir sekali, bakar di dalam oven pada suhu 100 dc selama 1 jam.

Hidangkan Quiche apabila ia sudah sejuk diluar oven.
Selamat mencuba :)








Cotton Soft Cheese Cake

0 comments

Nana suke sangat ngan kek gebu ni..Biasalah kalo dah name pun penggemar cheese yang tegar..semua jenis cheesecake pun sodap!! hehehe..ok sbelum ni nana memang suke beli kek ni kat kedai. Tapi bila dah dapat resipi ni, memang takde lah rasa  nak beli kat kedai.. bagus lagi wat sendiri..Puas ati..hik hik :D
Ok resipi asal kat blog kak nor masri@coretan dari dapur.
So, I copy paste je lah..Thank kak Nor!!



COTTON SOFT CHEESE CAKE -

Bahan-bahan

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar 
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine -
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Biskut chips ala Famous Amos

0 comments

Setiap kali lalu depan kedai Famous Amos dalam pasaraya, pastinya semerbak bau biskutnya yang sangat mengiurkan. Tapi bila tengak harganya.. mak aih, rase macam x puas makan sebab 100g dah hampir RM10. So Nana teramat suke bila terjumpa resipi biskut ni. Resipi ni Nana jumpa dalam website omputih..tapi dah tak ingat link dia. Ape-ape pun biskut ni memang disukai ramai.. ngadap makan benda ni sambil tengak TV pun tak pe..haha orite. Jom tengak resipinya ;)


Bahan-Bahan:

1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang
1 cwn butter
1 cwn minyak masak
1/2 cwn kacang walnut di tumbuk kasar
2 cwn semi sweet chocolate chips
4 cwn tepung serbaguna
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh garam
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila


Caranya:

1.  satukan kesemua bahan-bahan di atas kecuali minyak, kacang dan chips. Setelah semua bahan telah sebati barulah masukkan minyak tersebut diikuti kacang dan chips.
2.  Bentukan doh di atas loyang
3. Bakar pada suhu 175 dc.
4. Setelah nampak agak kekuningan dan garing, boleh lah keluarkan dan sejukkan di atas jaring besi.

Selamat Mencuba :)

Agar-Agar Pandan

0 comments

Agar-agar ni sangat simple dan rsanya jgak sedap. Cuma masa 1st try wat, rasanya agak terlebih manis. So kepada yang suka makanan kurang manis, boleh lah kurangkan kuantiti gula dalam resipi ni.
Resipi ni Nana amek dari blog Kak Wana @ Potret Kasih. 
Thank Kak Wana for the recipe♥


Resepi Agar-agar Santan

10 g agar-agar ( serbuk atau jenis bertali )
4 cawan air
1 kotak santan ( 200ml )
1 cawan gula
3 helai daun pandan ( dipotong-potong )
1 biji telur yang telah dipukul ( ni tak letak pun boleh )
sedikit pewarna hijau
secubit garam

Cara Penyediaan
1. Satukan agar-agar, daun pandan dan air. Masak hingga agar-agar larut.
2. Masukkan  pewarna hijau, garam, gula, telur yang telah dipukul dan santan.
3. Bila telah mendidih tapis adunan tadi dan masukkan kedalam acuan.
4. Sejukkan sehingga agar-agar beku. Bolehlah dihidangkan….
Selamat mencuba…..


Cake Indulgence

0 comments

Kek tepemes di Secret Recipe..
Tapi skarang dah xde secret nyer dah.. smua orang bleh buat..heehe..
Resipi kek ni nana dah penah blajar wat masa kursus "jom masak-masak" di Mega View Hotel. Tup tup ada terjumpa resipi ni kat blog. Tapi kaedah kat blog ni, dia gnakan gelatin. Aku pun ape lagi..excited nk try!!

Ok..bawah ni choc. Indulgence 1 layer aku..mane layer putihnya??? haaa.. layer putihnya tak dapat diselamatkan sebab masa cairkan coklat putih.. coklat semua terendam dalam air sebab bekas coklat terlepas masa proses double-boil ( kesian kan...xde bekas yg sesuai..tpaksa pegang jer bekas..mne la xterlepas).

hik hik...agak x smooth klihatannya..sbb dah lewat sgt time buat ni..igt nk tito je! :D

Bawah ni plak my 1st try wat kek indulgence masa 20 Mac 2011 yang lalu..
kek sempena hari lahir suami aku (waktu tu dia tunang aku la.. :)  ) 

Ok..resipinye aku copy dari blog Sweet Vanilla ni. Me acih!!

Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di 
 hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek. 

Dah siap!! panjang sangat caranya kan!?!  ape-ape pun slamat mencuba ya!

Koleksi resipi lama..

0 comments


1] Kek Coklat Kukus Lembab
Kek Kukus Lembab by Nana

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
  7. SeLaMat MeNcUbe....
_____________________________________________________________
2] Sup jagung isi ketam

Sup jagung isi ketam by Nana

Bahan-bahan (6 orang )

  • 3 ulas bawang putih dicincang 
  • minyak masak untuk menumis 
  • sos tiram secukup rasa 
  • isi ayam dipotong atau hiris (terpulang citarasa) 
  • 3 hingga 4 cawan air 
  • 1 tin jagung krim (Ligo creamy corn) 
  • 6 batang isi ketam (terpulang jika mahu lebih) 
  • 1 biji telur 
  • garam secukup rasa 
  • Lada sulah hitam dan putih secukup rasa 
  • 3sudu Tepung jagung 

Cara-cara

  1. Tumis bawang sehingga naik bau
  2. Masukkan ayam dan sos tiram.
  3. Masukkan air. Apabila sudah mendidih, masukkan jagung, isi ketam yang telah dihiris-hiris dan juga telur.
  4. Masukkan garam dan lada sulah mengikut citarasa masing-masing.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.
  6. Haa da siap! Selamat mencuba! 
 ___________________________________________________________
3] Oreo Truffle

Oreo Truffle by Nana

Bahan-bahan (42 biji )

  • 1 paket biskut oreo (keluarkan intinya) 
  • 1 paket(250g) Keju Philapedhia (suhu bilik) 
  • 8 oz semi-sweet coklat masakan 

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut. Masukkan krim keju. Gaulkan sehingga sebati. 
  2. Uli doh sedikit demi sedikit kepada bentuk bebola.
  3. celupkan bebola tadi ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan
  4. Sejukkan adunan di dalam peti selama 1 jam sebelum boleh dihidangkan.

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes