Mamon Cake

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama terperam hajat nak buat mamon cake ni..
akhirnya berjaya juga tunaikan harini..
Nana sukeeee sangat kek ni sebab tekstur kek ni yang lembut and gebu..
plus ada pulak parutan cheese atas tu..
Struktur kek ni sama jugak macam Japanes Cotton Cheese Cake..
dan resepinya lebih kurang sama dengan Hokkaido Cake..
resepi Mamon cake ni nana amek dari buku resepi mak nana.
Resepi kek-kek gebus macam ni jarang nana buat
sebab agak leceh bila main dengan putih telur asing-asing ni..
banyak sangat pantang larangnye..
kalau silap sikit je, memang tak menjadi ler jawabnye..
ape pantang larangnye?
Boleh baca kat bawah nanti yer ;)


Ok, skarang kita lihat bahan-bahannya plak:

Bahan A:

115gm tepung gandum
20gm tepung jagung
10gm tepung susu
70gm gula kastor (nana kurangkan)
5 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
85gm minyak masak
70ml air
1/4 sudu teh esen lemon

Bahan B:

7 biji putih telur
80gm Gula kastor (nana kurangkan sikit)
1/2 sudu teh cream of tartar
1/4 sudu teh garam


Cara A:
Campurkan kesemua bahan dan putar hingga betol-betol sebati.
Nanti adunan akan jadi macam ni lebih kurang.


Cara B:
1. Putar Putih telor sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis.
2. Kemudian masukkan baking powder dan garam, putar hingga Kental.


Kental sampai macam ni lebih kurang


Ok Setelah setel cara A & B, akhir skali gabungkan adunan dengan kaedah kaup balik.
*Rujuk pantang larang di bawah no.(4).
Kemudian masukkan dalam bekas cupcake mengikut citarasa masing-masing.
Bakar pada suhu 170c lebih kurang 15minit (bergantung pada oven masing-masing).
Bila dah siap, sapukan sedikit campuran susu pekat manis yang dicampur dengan sedikit menetega di atas permukaan kek. Kemudian taburkan dengan parutan cheddar cheese.
Selamat mencuba!

Keadaan dalam kek yang lembut & gebus ituess :P

Pantang Larang / Teknik 
1) Bekas mesti kering, and jangan biarkan ada setitik air pun pada bekas or putih telur.
Maksudnye telur tu kena btol-btol kering lepas dibersihkan.
2) Jangan ada sikit telur kuning pun dalam putih telur. Nak senang, masukkan telur yang telah dibersihkan dalam peti terlebih dahulu. Telur yang sejuk mudah untuk diasingkan berbanding telur pada suhu bilik. Setelah di asingkan, biarkan telur tersebut kembali kepada suhu bilik sebelum diputar.
3) Putar putih telur hingga kental (sampai kalau kita terbalikkan bekas, putih telur tak jatuh)..
jangan terlebih putar pulak, nanti lain jadinya..
4) Semasa campurkan adunan, gunakan teknik kaup balik..
Jangan terlebih kaup and kacau.. nanti tak jadi gebu ler kek tu dah..

1 comments:

  1. salam ziarah, sedapnya. nak cuba juga resepi ni nanti

    jemput ke blog akak yg x seberapa di cheezemaz.blogspot.com. Boleh rasai keenakan sos dari serbuk cheese yg bila dicmpur dgn air panas menghasilkan sos sesedap cheese wedge, KFC. Hanya RM 10.00 untuk 1 pack 200 gram

    ReplyDelete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes