Apam Pelangi

Assalamualaikum :D

Harini ni nak update sket resepi yang dah wat minggu lepas..
resepi apam yang terrsangat mabless!!
pasai pa mables??
sebab sangat simple dan nyummo!
ekceli dah lama nana peram resepi ni..
dah lama nak try buat..
tapi baru minggu lepas tergerak ati nak buat
bahan-bahannya plak sikit jer..
bayangkan lah..
petang tu nak gerak ke kuantan kol 6pm..
time tu plak dah kol 3pm..
terus capai semua bahan-bahan,
timbang itu ini and campak je smua bahan-bahan...
terus masuk loyang & terus kukus..
tak sampai kol 4.30pm dah siap!!

hasilnyaaa?


Taraaaaaa~!


sekejap je dah siap membuatnya..
gebu je kejadiannya..
so apa tunggu lagi..
cuba laa resepi yang sangat simple ni..
kompom anak-anak suka :D
oh!~anak ku lom bleh makan lagi..


Resepi asal dari blog kak Norkhamsiah

Bahan-bahan :

4 biji telur
2 sb ovellette
1 sk vanilla 
220 gram gula castor
300 gram tepung gandum
250 ml santan kara
1 st baking powder 
3 pewarna

cara-caranya:

Telur, ovellette dan gula castor dipukul hingga gebu dan pekat.
Masukkan vanilla dan pukul sebati.
Ayak tepung gandum dan baking powder.
Masukkan santan kara tadi dan pukul sebati.
Masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 3 warna yang disukai.
Senduk ke dalam loyang yang telah dialas. Senduk selapis demi selapis mengikut warna.
Masukkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Tutup penutup kukusan dengan aluminium foil atau kain dapur.
Kukus selama 30 -40 minit hingga masak.
Dah siap :)

1 comments:

  1. wahh..cantiknyee kek...boleh cuba nie..thanks kongsi resepi heee..;')

    http://cenetos.blogspot.com

    ReplyDelete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes