Roti versi whipcream

Assalamualaikum


pagi tadi, balik je dari sarapan dan setelkan hal rumah, nana trus meroti..
sebetulnya baru pagi tadi terniat nak meroti sebab semua bahan meroti dah ada and kbetulan pulak kemarin nampak resepi roti yang dishare kat fb tu guna whipcream. aku lak skang tengah musim tangan gatal aje nak cube resepi, almaklum tak lama lagi dah nak naik sem, kot nanti dah takde masa nak membaking dah kan. lagipon if roti sosej si hazim memang sangat lah suke.

roti sosej.. yang putih tengah roti sosej gulung tu 
nana letak kepingan cheddar cheese

so pagi tadi aku pon mentry lah rsepi ni. smentara tunggu doh roti naik, aku persiapkan msak lauk untuk tengahari pulak. siap msak lauk, aku sambung meroti smula. tepat kol 1pm smua siap..hihi. alhamdulillah, bebaloi sangat mencuba sebab kejadiannya gebusssangat.. walaupun aku tak guna bread improver dan softener kalini sebab dah habis.
ok lah panjang celoteh, taip pakai hp, letih jemari i taw..
jom tengak resepinye.
roti bun tabur gula

Bahan²:

200gm tepung roti(high protein)
50gm  tepung gandum
35gm  gula
5gm    yis
30gm  butter
40gm   whipcream + 110gm air sejuk ais
1gm bread improver (xde xpe)
15gm  susu tepung
1 biji kuning telur
secubit garam
sosej secukupnya


cara-cara:

campur semua bahan kering kedalam bekas mixer atau bekas uli kecuali yis. gaul sebati. kemudian baru masukkan yis dan gaul. masukkan bahan basah kecuali mentega. putar atau uli hingga membentuk doh. masukkan mentega. uli atau putar hingga doh menjadi elastik.
rehatkan sejam atau naik seganda.
panaskan oven pada suhu 170°c.
bentukan doh menjadi bun yang di inginkan dan menggunakan sosej jika mahu buat sosej bun.
biarkan rehat sebentar lebih kurang 20minit.
kemudian sedia untuk dibakar.
spray roti dengan air susu.
bakar selama lebih kurang 15minit, bergantung pada oven memasing ye.
dah siap, keluarkan dari loyang, sapu permukaan roti dengan mentega agar nampak berkilat dan biarkan sejuk atas redai.

selamat mencuba :)

roti tabur cheddar cheese parut dan gula


tips: roti akan sentiasa gebu lebih lama jika disimpan dengan betul. pastikan anda simpan roti didalam bekas kedap udara atau plastik berikat kemas.


sticky caramel bun roll

2 comments:

  1. ala sedapnye yg pic last tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohoo hanya dikau..saorang saja..
      (ayat atas tu rentak nyanyi,bkn bce je ye) hihi.
      blog diari nana dh ttup kite jmp sini lak ye raz..hehe
      aah yg last tu pn ma fav, caramel! ;)

      Delete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes