Beef Pot Pie

Assalamualaikum


Orait now nak share resepi beef pot pie nih..
tak nak celoteh pepanjang sebab dah ngantok lewat malam daa..huhu


Bahan-Bahan (sukatan agak-agak uols lah nak banyak mana):

Daging (nana guna daging cincang, senang xyah nak tunggu empuk lama-lama)
kentang dipotong dadu
sayur campur frozen ( carrot+kcg peas+jagung)
bawang putih dan bawang merah
sosej (terpulang)
cendawan (terpulang)
nak tambah bahan lain lagi pon boleh cth cheese
lada hitam kasar
garam
black pepper sos
sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
kulit puff pastry ( homemade or dari kedai)

kalau rajin, boleh wat puff pastry sendiri awal-awal..
resepi boleh rujuk sini:

cara-cara:

1) tumis bawang, masukkan daging dan goreng sebentar.
2) masukkan air (agak-agak untuk pakai skali sebagai kuah pie nanti banyak mana), biarkan  daging hingga empuk ( daging cincang tak lama pon).
3) keluarkan daging yang sudah empuk tadi, masukkan pula kentang dan biarkan masak hingga lembut. campur dalam daging tadi
4) keluarkan kentang, masukkan pula sayur tadi dan masak sebentar. masukkan dalam daging tadi.
5) buat langkah yang sama untuk bahan yang lain. satukan seperti gambar dibawah. 


6) untuk membuat kuahnya, air rebusan tadi, masukkan garam, lada hitam, sos tiram, black pepper sos dan bahan perasa yang lain jika mahu ( ikut citarasa memasing).
7) masukkan sedikit tepung jagung yang dicampur sedikit air, masak kuah hiangga pekat.
8) masukkan bahan daging campuran tadi kedalam bekas ramekin atau bekas pie. tuang sos.
*nana bubuh cheddar cheese slice atasnya. xde xpe.
9) lekatkan pastri sekeliling bekas.


10) tutup atasnya dengan pastri (guna telur sikit untuk lekatkan) dan buat lubang sikit.
11) sapu permukaan pastri dengan sedikit telur jika mahu. (xnak xpe)
12) bakar pada suhu 170 darjah celcius. bergantung oven masing-masing.


siap!!



2 comments:

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes