Home made Pizza

Assalamualaikum semua..
dah lama rasa tak update dapur ni kan..
Ok..ni nana nak masukkan resipi yang baru nana wat semalam
Semalam nana wat pizza sebagai makan malam nana dan En.Suami,
dah lama nak buat sebenarnye..
tapi masa dan bahan lum mencukupi..
dan akhirnya smalam berjaya laksanakan hajat tertangguh itu.
kalau di ikut resipi asal ni..
kite leh dapat 4-5 pizza..
tapi smalam nana wat sparuh adunan sahaja..
so dapat la wat 2 pizza regular,
makan smalam dan harini :)
Ok jom lihat bahanya:
(sumber resipi asal nana tak jumpa save kat mana...then nana ubah sikit)

 Bahan-bahan doh:
500g tepung roti / tepung gandum
1/2 sudu besar garam
7g yis
1/2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar minyak sayur
325 ml susu segar/air suam
1 sudu teh bread improver

Bahan-bahan inti dan tabur seperti gambar di bawah...
(ikut la citarasa masing-masing nak cane..
tapi bahan asas pizza nana yang takde dalam gambar ialah daging cincang)




cara membuat:

1.  Yis dimasukkan ke dalam susu/air suam, biarkan 5 minit
2.  Bahan-bahan kering yang lain boleh disatukan.
3. Setelah itu, masukkan 1 dan minyak kedalam 2 sambil diuli.
uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan dan bekas.
4. Tutup dan biarkan doh rehat dan naik 2 kalo ganda, kira-kira 1 jam.
5. Tumbuk doh dan keluarkan angin doh, biarkan untuk 30 minit.


6. Bahagi 2 doh dan canai doh pada pan atau loyang pizza


doh yang berlebihan jika belum mahu digunakan, boleh balut dengan cling film dan masukkan kedalam peti sejuk. Bila mahu gunakan, keluarkan dan biarkan selama 10-15 minit.

7. Setelah itu boleh lah tabur bahan-bahan ikut kesukaan anda..
8.  Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit
Selamat mencuba!!



*p/s: Mozarella cheese is the best for pizza..tapi stok xde plak, kat kdai gi smua xde...
so I just gune cheddar cheese and parmesan cheese. so tak sticky micky..but the taste is sooooo gooood!
owh ya! tekstur roti pizza yg terbaik adalah rotinya yang lembut dan sedikit liat.. and this recipe is the best pizza dough ever :)

2 comments:

  1. nk print tp x leh....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak print just copy ayat di atas..
      1) highlight perkataan yg nak copy
      2) tekan ctrl+c
      3) paste pada MS Word
      4) Print
      Selamat mencuba :)

      Delete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes