Assalamualaikum..
Ok wat pertama kalinya nana wat brownies...
actually nana sememangnya bukan penggemar brownies
dats y nana tak berminat nak cuba buat..
tapi........
kebetulan masa hari raya haji yang lepas..
member opis en.suami ada buat makan-makan kat rumah dia..
and dia ada hidangkan brownies choc ni..
ssaaaanggaatt seeedddapppp ok!!
rasa choc yang sangat pekat, melekat, terpikat..
sama seperti nama brownies ni yang malatop gitue..huhu
Sebab ape chewy gooey, memang kek ni sangat padat and even masa kita siap bancuh pun boleh tengak bancuhannya sangat pekat and gooey mooey...tak cayer cube try!
En.suami plak memang penggemar kek chocolate..
seronok tengak bila dia suka makan
lepas dari tu, terus nana minta resepi dari tuan rumah..hihi :)
Mekasih Kak Bai for the recipe!
Sumber asal: Ayu @curlybabesatifaction
Tak reti nak amek gambar brownies cecantik.. 3 ketol ni je la wat contoh..
Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 160c.
Sediakan loyang 11"x11" bersama alas dan griskan
boleh jugak guna loyang 10"x10"
Bahan A:
250g butter
400g baking choc
--------------------------------
Bahan B:
6 biji telur
340gm gula perang - boleh kurangkan ikut citarasa
2 tsp esen vanila
20g choc emulco/paste (boleh guna 1 tbsp)
Cara B: Pukul bahan B hingga gula hancur dan sebati - guna hand whisk jer.
--------------------------------------
Bahan C:
80g tepung gandum + 60g serbuk koko }di ayak
140g kacang walnut/pecan/almond (ikut citarasa) - bakar sebentar
nana guna kacang hazelnut kisar kasar bersama walnut
Cara C: Gaul kacang bersama campuran tepung dan koko yang telah diayak.
Kemudian masukkan dalam bancuhan A+B tadi dan gaul rata tetapi jangan terlalu lama.
Tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 160c-170c selama 50minit-1 jam.
Setelah masak, biar brownies dalam acuan hingga sejuk.
Lebih sedap jika disimpan semalaman.
Enak dimakan begitu sahaja atau dituang choc ganache .
______________________________________
Choc Ganache
Bahan:
Bahan:
250g choc masakan
1 tbsp marjerin/mentega
1/2 cwn fresh cream/whipping cream
Cara:
Cairkan choc secara double boil, angkat dan masukkan whip cream dan mentega.
Kacau hingga sebati. Tuang atas brownies.
Selamat Mencuba :)
ps: sdap makan jika brownies pada suhu bilik.
kalau simpan dalam peti, leh panaskan dalam microwave skejap..
makan panas2 dengan choc ganache mencair..nyuummhh~!!
-13/2/2013 -
Sebenanye dah banyak kali nana wat brownies ni..
brownies ni dah jadi kegemaran en.suami...
nana add pic brownies lagi..
kali ni xletak choc ganache :)
kuşadası
ReplyDeleteçeşme
didim
muğla
trabzon
W54LZ