Chewy Gooey Yummy Choc Brownies

1 comments

Assalamualaikum..

Ok wat pertama kalinya nana wat brownies...
actually nana sememangnya bukan penggemar brownies
dats y nana tak berminat nak cuba buat..
tapi........
kebetulan masa hari raya haji yang lepas..
member opis en.suami ada buat makan-makan kat rumah dia..
and dia ada hidangkan brownies choc ni..
ssaaaanggaatt seeedddapppp ok!!
rasa choc yang sangat pekat, melekat, terpikat..
sama seperti nama brownies ni yang malatop gitue..huhu
Sebab ape chewy gooey, memang kek ni sangat padat and even masa kita siap bancuh pun boleh tengak bancuhannya sangat pekat and gooey mooey...tak cayer cube try!
En.suami plak memang penggemar kek chocolate..
seronok tengak bila dia suka makan
lepas dari tu, terus nana minta resepi dari tuan rumah..hihi :)
Mekasih Kak Bai for the recipe!
Sumber asal: Ayu @curlybabesatifaction
Tak reti nak amek gambar brownies cecantik.. 3 ketol ni je la wat contoh..

Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 160c.
Sediakan loyang 11"x11" bersama alas dan griskan
boleh jugak guna loyang 10"x10"

Bahan A:
250g butter
400g baking choc

Cara A: Double boil hingga cair, dan ketepikan biar suam sedikit.


--------------------------------

Bahan B:
6 biji telur
340gm gula perang - boleh kurangkan ikut citarasa
2 tsp esen vanila
20g choc emulco/paste (boleh guna 1 tbsp)

Cara B: Pukul bahan B hingga gula hancur dan sebati - guna hand whisk jer.
Kemudian boleh la masukkan adunan bahan A tadi dan digaul sebati.


--------------------------------------

Bahan C:
80g tepung gandum + 60g serbuk koko }di ayak
140g kacang walnut/pecan/almond (ikut citarasa) - bakar sebentar
nana guna kacang hazelnut kisar kasar bersama walnut

Cara C: Gaul kacang bersama campuran tepung dan koko yang telah diayak.
Kemudian masukkan dalam bancuhan A+B tadi dan gaul rata tetapi jangan terlalu lama.
Tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 160c-170c selama 50minit-1 jam.
Setelah masak, biar brownies dalam acuan hingga sejuk.
Lebih sedap jika disimpan semalaman.
Enak dimakan begitu sahaja atau dituang choc ganache . 
Boleh dihidang bersama aiskrim.





______________________________________
Choc Ganache

Bahan:
250g choc masakan
1 tbsp marjerin/mentega
1/2 cwn fresh cream/whipping cream

Cara:
Cairkan choc secara double boil, angkat dan masukkan whip cream dan mentega.
Kacau hingga sebati. Tuang atas brownies.


Selamat Mencuba :)

ps: sdap makan jika brownies pada suhu bilik.
kalau simpan dalam peti, leh panaskan dalam microwave skejap..
makan panas2 dengan choc ganache mencair..nyuummhh~!!

-13/2/2013 - 
Sebenanye dah banyak kali nana wat brownies ni..
brownies ni dah jadi kegemaran en.suami...
nana add pic brownies lagi..
kali ni xletak choc ganache :)

Mamon Cake

1 comments

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama terperam hajat nak buat mamon cake ni..
akhirnya berjaya juga tunaikan harini..
Nana sukeeee sangat kek ni sebab tekstur kek ni yang lembut and gebu..
plus ada pulak parutan cheese atas tu..
Struktur kek ni sama jugak macam Japanes Cotton Cheese Cake..
dan resepinya lebih kurang sama dengan Hokkaido Cake..
resepi Mamon cake ni nana amek dari buku resepi mak nana.
Resepi kek-kek gebus macam ni jarang nana buat
sebab agak leceh bila main dengan putih telur asing-asing ni..
banyak sangat pantang larangnye..
kalau silap sikit je, memang tak menjadi ler jawabnye..
ape pantang larangnye?
Boleh baca kat bawah nanti yer ;)


Ok, skarang kita lihat bahan-bahannya plak:

Bahan A:

115gm tepung gandum
20gm tepung jagung
10gm tepung susu
70gm gula kastor (nana kurangkan)
5 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
85gm minyak masak
70ml air
1/4 sudu teh esen lemon

Bahan B:

7 biji putih telur
80gm Gula kastor (nana kurangkan sikit)
1/2 sudu teh cream of tartar
1/4 sudu teh garam


Cara A:
Campurkan kesemua bahan dan putar hingga betol-betol sebati.
Nanti adunan akan jadi macam ni lebih kurang.


Cara B:
1. Putar Putih telor sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis.
2. Kemudian masukkan baking powder dan garam, putar hingga Kental.


Kental sampai macam ni lebih kurang


Ok Setelah setel cara A & B, akhir skali gabungkan adunan dengan kaedah kaup balik.
*Rujuk pantang larang di bawah no.(4).
Kemudian masukkan dalam bekas cupcake mengikut citarasa masing-masing.
Bakar pada suhu 170c lebih kurang 15minit (bergantung pada oven masing-masing).
Bila dah siap, sapukan sedikit campuran susu pekat manis yang dicampur dengan sedikit menetega di atas permukaan kek. Kemudian taburkan dengan parutan cheddar cheese.
Selamat mencuba!

Keadaan dalam kek yang lembut & gebus ituess :P

Pantang Larang / Teknik 
1) Bekas mesti kering, and jangan biarkan ada setitik air pun pada bekas or putih telur.
Maksudnye telur tu kena btol-btol kering lepas dibersihkan.
2) Jangan ada sikit telur kuning pun dalam putih telur. Nak senang, masukkan telur yang telah dibersihkan dalam peti terlebih dahulu. Telur yang sejuk mudah untuk diasingkan berbanding telur pada suhu bilik. Setelah di asingkan, biarkan telur tersebut kembali kepada suhu bilik sebelum diputar.
3) Putar putih telur hingga kental (sampai kalau kita terbalikkan bekas, putih telur tak jatuh)..
jangan terlebih putar pulak, nanti lain jadinya..
4) Semasa campurkan adunan, gunakan teknik kaup balik..
Jangan terlebih kaup and kacau.. nanti tak jadi gebu ler kek tu dah..

Pengat Biji Nangka

0 comments

Assalamualaikum

Bila buat pengat ni, teringat pada arwah Mek tersayang and dirindui slalu..
sebab nana masih ingat lagi..
1st time blaja and buat pengat ni bsama-sama arwah masa dulu..
Harini aku buat sebab en.suami dah lama teringin nak makan..
so memandangkan bahan semua dah ada..
and pandan plak dah smakin layu..
nak tak nak buat jugak laa tadi..
Nak buat pengat biji nangka ni simple je..
kuah dia sama macam kita masak bubur kacang hijau..
and pengat biji nangka ni lebih kurang je macam pengat puteri mandi..
and ada bermacam-macam versi boleh kita jumpa kalau kita google..
versi nana wat harini versi simple and paling basic je.


Bahan-bahan biji nangka:

Tepung Pulut - kuantiti terpulang nak buat banyak mana
air (secukupnya untuk bancuhan)
Pewarna - terpulang pilihan warna masing-masing

Cara-cara doh biji nangka:
1. Tepung pulut dicampur dengan air sedikit demi sedikit sambil digaul dan diuli sebati sehingga doh tidak melekat pada tangan. 
2. Boleh tambahkan pewarna kegemaran. Nana guna hijau dan merah. 
3. Kemudian bentukkan membujur kecil-kecil, ikut citarasa masing-masing.
4. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan doh yang telah dibentukkan.
5. Angkat doh biji nangka yang timbul dipermukaan dan masukkan dalam bekas berisi air.

Bahan-Bahan Kuah:
Santan
Air
Gula Melaka / Merah
Gula Pasir
Garam
Halba
Pandan
biji sago - masuk dalam air didih hingga masak dan tos,
masukkan dlm bekas berisi air.


*Kuantiti bahan di atas semua mengikut citarasa masing-masing

Cara:
1. Masukkan Santan+air+gula+garam+gula merah, biar hingga mendidih. Perasakan mengikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan daun pandan, sedikit halba dan biji nangka yang telah siap masak tadi.
3. Masukkan biji sago dan tutup api. 

* Nana tambah ubi keledek. Kalau nak campur ubi keledek, pastikan rebus dulu skejap sampai hampir lembut, kemudian baru masukkan santan dan bahan-bahan lain dalam step 1.

Dah siap :)
Selamat Mencuba~

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes