Orange+Yogurt Cheesecake

Assalamualaikum..

Dah bersawang blog ni ditinggalkan..
memang dah takde masa nak update selalu..

Okla, harini nak share resepi yang nana wat siang tadi..
orange+yogurt cheesecake dengan lady fingers..
actually, resepi cheesecake yang nana wat ni adalah resepi rekaan semata-mata..hihi
sebabnya, nana main campak jer semua bahan yang ada..
ini semua dek sebab nak menghabiskan stok creamcheese & yogurt yang hado!
habis semua stok nana campak skali...
memula bedebar gak takot tak jadi..
Alhamdulillah... cheesecake menjadi dengan moleknya pulekk  ^_^
ok la, tak mo celoteh panjang..
sesapa nak try, bawah ni nana masukkan resepi ikut sukatan dari resepi oreo chilled cheesecake yang nana penah wat sebelum ni ye. oh ya, resepi untuk cheesecake dalam tu, terpulang sebetulnya nak buat perisa apa.. nana nak menghabiskan stol cheese, yogurt dan buah oren..tu yg orange+yogurt ciskek jadinya :)
Lady fingers tu kalau u ols takde masa nak buat, boleh beli yang dah siap jual kat kedai-kedai tu yer.

Resepi Lady Fingers

Bahan A:
160g putih telur
40g gula kastor

Bahan B:
100g kuning telur
45g gula kastor
125g tepung gandum (diayak)

Cara:
1. Putar bahan A sehingga kembang dan kental (stiff peak).
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan tepung. Pukul sebati,
3. Campurkan adunan bahan A tadi dengan bahan B, gaul sebati.
4. Pipe adunan menggunakan piping bag membetuk seperti jejari. Buatkan juga untuk base loyang. Bakar selama 15minit bergantung pada oven masing-masing, pada suhu 190c-200c.

Resepi cheesecake
3/4 cup whipped whipping cream
4 1/2 tsps gelatine
4 tbsp hot water
250g cream cheese (room temperature)
4 tbsps sugar
6 tbsps jus oren / esen oren 
(perisa terpulang citarasa masing-masing)
1/2 cup yogurt  (nana agak-agak jer)

cara:

Putar whipping cream sehingga kembang.. ketepikan.
Campurkan gelatin dan air panas, gaul sehingga sebati.
Dalam bekas yang lain, 
campurkan gula dan cream cheese dan putar hingga lembut dan creamy. 
Masukkan campuran gelatin tadi beserta bahan yang lain..putar lagi selama 5-8minit.
Campurkan adunan tadi bersama whipping cream.
Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bekas loyang yang telah di susun dengan lady fingers dan base.
Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 4jam sebelum dihidangkan.


Lady fingers nana wat tak sama tinggi sebab masa buat ni anak duk memanggil-manggil ajer..
atas kek nana hias ngan taburan koko ;)

2 comments:

  1. terbaik...pepagi wat aku meleleh...isk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik..apa lg..p cari bhn2 buat eh

      Delete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes