Cupcake chocolate

0 comments

Assalamualaikum..
sempena birthday anak kawan pada hari ini,
saya watkan cupcake with edible image ultraman, angry birds dan boboyboi..
cupcake ni simple je, nak wat cupcake sama jer macam wat kek
bezanya acuanya sajer lebih kecil.


Bahan-bahan dan cara:
1) sediakan bahan kek coklat dari mana-mana resepi, nana guna resepi kek dari sini.
2) Buat coklat glaze dan tuang diatas cake yang telah siap dimasak dan diratakan. 
3)Deco cake dengan menggunakan buttercream. resepi disini.


Selamat Mencuba~!

Triple Chocolate Cheesecake

0 comments

Assalamualaikum..
Seperti yang telah dijanjikan kek untuk 20 Feb..
sempena ulang tahun perkenalan saya dan en.Suami yang ke 7 tahun..
memandangkan cheese dah terbeli lama tak terbuat..
so, kemarin nana buat lah chocolate cheesecake..
en.Suami memang tak gemar cheesecake..
kecuali yang saya perasan, kalau ada kek span bawah cheese tu,
baru dia leh terima..
Tak pe lah, en.Suami tak makan,
saya share bersama kawan-kawan yang suka cheese :)
kalau nana makan semua sorang..
alamatnya tak lama lagi jarum penimbang boleh tercabut! hehe
Cheesecake ni ada 3 layer..
agak huduh pandangan dalam kek saya wat ni..
sepatutnya topping kek ni pakai ganache..
tapi dek sebab nak jimat fresh cream..
nana curah coklat je atas tu dengan coklat biasa,
so bila coklat keras, nak potong..paham-paham je la..
lagi 1, sepatutnya layer 3 tu sama rata
tapi kalau nak awat 3 layer, kena guna 3 blok cheese
nak jimat lagi skali nana just pakai 2 blok je..
sebab tu yang putih sengaja nana wat nipis..
kenapa layer tak rata??
hahaha sebab nana malas nak scoop 1 per 1..
main curah je terus, janji masuk perut jgak kan..hihihi
ok la..jom tengak resepinya:

Resepi Asal: Yum Sugar
*intenet slow, ada masa nana translit..skarang nana copy paste jer k!

Ingredients
Crust
1/2 stick (4 Tbsp) butter, softened
1 1/2 cups chocolate cookie crumbs (about 27 Nabisco Famous Chocolate Wafers or 20 Oreo cookies, finely crushed)
Filling
3 bricks (8 oz each) 1/3-less-fat cream cheese (Neufchâtel), softened
1 cup sugar
2 Tbsp cornstarch
3 large eggs
1/2 cup reduced-fat sour cream
1 Tbsp vanilla extract
4 oz milk chocolate
4 oz white chocolate
4 oz semisweet chocolate
Chocolate Glaze
3 oz bittersweet baking chocolate
2 Tbsp stick butter
1 Tbsp light corn syrup
Directions
  1. Place a sheet of foil on oven rack to catch any drips. Heat oven to 350°F. You’ll need an 8 x 3-in. springform pan coated with nonstick spray.
  2. Crust: In small bowl, rub butter into crumbs until crumbs are evenly moistened. Press firmly over bottom of pan. Bake 8 to 10 minutes on foil sheet until set. Cool on rack. Reduce oven temperature to 300°F.
  3. Filling: Beat cream cheese, sugar and cornstarch in a large bowl with mixer on medium speed until smooth, scraping down sides of the bowl several times with a silicone or rubber spatula. With mixer on low speed beat in eggs, 1 at a time, then sour cream and vanilla just until blended.
  4. Divide the batter evenly (about 2 cups each) among 3 medium bowls. Melt the chocolates separately. Stir milk chocolate into 1 bowl of batter, white chocolate into another and semisweet chocolate into third. Spread milk chocolate batter in prepared crust in an even layer. Carefully spoon white chocolate batter over milk chocolate layer to cover; gently smooth with an offset spatula (do not let batters run together). Spoon semisweet chocolate batter over white chocolate layer to cover; smooth with an offset spatula (do not let batters run together).
  5. Bake 1 1/4 hours or until set and center still jiggles slightly when shaken (cake should have pulled away from sides of pan; if not, carefully run a thin knife around edge of pan to release cheesecake). Cool in pan on a wire rack. Cover; refrigerate at least 4 hours or up to 2 days.
  6. Chocolate Glaze: Combine glaze ingredients in a small saucepan; whisk over low heat until chocolate melts and mixture is smooth. Remove from heat; let cool 15 minutes, stirring occasionally.
  7. Remove pan sides; place cheesecake on serving plate. Spread glaze over top of cheesecake, just to the edge (some glaze may drip down side of cake). Refrigerate just until glaze is set or, if chilled longer, let stand at room temperature 30 minutes before serving.


ps: gambar edible image tu nana order dari seorang kakak kat online :)
inspirasi pakai edible image tu dari kek bertunang dulu, so tringin plak nak guna utk kek wat sendiri.

Kuih kaswi.kusui.kasui

2 comments

Assalamualaikum..
Petang tadi nana try wat kuih kusui..
dulu nana suke sangat makan kuih ni..
(semua lah aku suka..dah nama pun makan kan~!)
macam-macam nama kuih ni..
kusui, kaswi, kasui..ataupun lompang..
semuanya lebih kurang ja resepinya..
lihat pada bahan, semua simple..
caranya pun teramat simple..
so tak rugi kalau mencuba kan ;)


Sumber resepi dari YusCookBook
(I copy paste jer yer..TQ )

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan.
Bahan Kuih

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung - mama guna tepung jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Catatan - Kalau tak mahu kelapa parut tu cepat basi, kita kukuskan sekejap. Lepas kuih kaswi kita siap tadi, kita pun kukus kelapa parut tu. Tak perlu buka api pun. Haba air tu pun sudah mencukupi.

Kek Keladi

0 comments

Assalamualaikum..

Harini nana nak update 1 lagi resepi menarik, yang dah lama nana tringin nak makan..
1st time makan kek keladi masa zaman sekolah dulu kalau tak silap..
waktu tu makan kat rumah kawan..
Then raya lepas, nana suruh kawan buat..
tapi kawan tak sempat nak buat sebab slalu time raya dia bz..
Then nana pun tangguhkan dulu lah hajat nak makan kek keladi ni...
Actually kek keladi yang nana tringin tu lebih kurang jer macam Pandan Layer Cake yang nana penah wat taun lepas.
Smalam nana dah terbeli 1 biji keladi, walhal dalam resepi just menggunakan perisa keladi,
bukannya keladi sebenar..
Nak tak nak, terpaksalah mencari alternatif lain untuk menggunakan keladi..
nasib baik terjumpa 1 blog ni..
Dah siap buat semua.. tetiba time filling tu something goes wrong somewhere..
macam pelik sket dengan resepi kat situ sebab..
kalau diperhatikan kuantiti cecair tersangat kurang dari kuantiti keladi..
dan kebetulan smalam nana memang wat separuh je kuantiti keladi, yang lain masih sama..
itupun seperti tak logik, sebab asal bubuh je pewarna, langsung malap jugak..
sebatian plak pelek jer tak semacam dalam gambar dia...
haish tak leh jadi,  terus terpikir-pikir cara nak menjimatkan bahan..
last-last terpaksa jgak gunakan pertolongan mr.whipped cream (standby slalu dalam peti)
nana try gna whipped cream and campur sebatian tadi..
alhamdlah, jadilah whipped cream berperisa keladi ala-ala ice-cream yam gitu..haha
(sebatian keladi 1 periuk..hanya guna 2 senduk..membazir!)

Ni lah dia hasil setelah di deco dengan sangat malas..
deco guna white choc je sebab malas dah nak putar cream..
hahahah cream mahal! perlu jimat~!

ni keadaan dalamnya...abaikan kesan potong tersebut k..

Ok bawah ni resepi kek ni..
kuantiti bahan masa nana wat ni, main agak-agak jer,
so jika ada yang terkurang mana-mana, adjust la sikit-sikit yer :)

Bahan-Bahan:
Sediakan kek span dipotong 3 bahagian (boleh guna mana-mana resepi)
250g keladi 
(dikupas, potong kecil dan rebus hingga empuk)
1/4 cawan gula
1 biji telur gred A
40g santan pekat
200 ml air
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil gelatin
beberapa titik warna ungu
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan whipped cream
10g serbuk gelatin -campur dengan 2 or 3 sudu air (pastikan gelatin betul-betul larut)
kelapa kering sebagai hiasan

Cara:
1) Blend keladi, air dan telur(jika blender tidak dapat berputar, tambah sedikit air. 
Adunan sememangnya pekat.
2) Kemudian campurkan dengan bahan yang lain ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3) Putar whipped cream hingga kental(campur gelatin. boleh campur icing sugar jika kurang manis) dan campurkan 1 cawan adunan  keladi tadi (pastikan adunan sudah tidak panas).
Ambil 1 lapis kek, kemudian sapu krim keladi diatasnya. (ulang langkah hingga habis lapisan)
4) Hias dan sejukkan kedalam peti sekurangnya 4jam sebelum dihidangkan (lebih baik diset semalaman)


jemput makan :D


Kek oren

0 comments

ASsalamualaikum...
semalam tengah duk mlanguk tengak FB,
tetiba ternampak myresepi post resepi baru..
try check..
trus teringin nak mencuba..
bkan apa, uniknya resepi ini..
dia masukkan 1biji oren dengan kulit-kulit skali..
then semua bahan pun campur skali dalam blender...
simple giler kan!
nak gak tau apa rasanya..
tu yang aku excited trus pi cuba
kebetulan bahan-bahan pun dah ada...
dan hasilnya...
Jadilah kek oren :)
Memang berhasil lah resepi ni..
bagus, mudah dan cepat..
tapi bila rasa..
saya tak brapa gemar kek sebegitu..
nak-nak lagi bila pikir penggunaan minyak semata-mata..
tanpa air,susu atau butter...
tapi kire menjadi kek tu kira powerlah empunya resepi ni..
so kepada sesapa yang teringin nak wat kek
atau 1st time nak wat kek..
haa cuba lah resepi ni k..
konfem jadi punya~
Resepi asal: Myresepi

Bahan-bahan:
*1 biji oren - cuci, potong, buang urat putih
*1 cawan minyak
*2 cawan gula halus
*3 biji telur
2 cawan tepung gandum - ayak bersama 1 sudu besar baking powder

cara:

1) Campurkan kesemua bahan bertanda * ke dalam blender dan kisar hingga halus.
2)Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sambil dikacau sebati.
3) Tuang ke dalam loyang beralas dan bergris.
4) Bakar pada suhu 170C selama 40-60 minit.

ps: Nana tapis bahan lepas blender.

Senangkan?!
Selamat Mencuba!!

Tart buah koktel

0 comments

Assalamualaikum
Harini nak update resepi ringkas,
Tart buah koktel..
actually shell tart dah buat awal smalam
kemarin kawan minta buatkan tart telur..
so nana pun wat laa sikit tart koktel untuk sarapan suami pagi tadi..
bahan-bahan pun dah ada...
mak nana slalu wat tart ni untuk majlis-majlis..
then tadi tak ingat pun ape resepinya...
main agak-agak je..
Alhamdlah menjadi jgak 
walau malas nak buka internet check resepi pepagi tadi.. hehehe


Bahan-bahan (anggaran terpulang banayk mana nak buat):

Shell tart - boleh ikut mana-mana resipi
1 cawan Susu cair
air buah koktel (agak-agak jer sebagai penambah rasa)
2 sudu besar tepung kastad
gula pasir secukup rasa
buah tin koktel

Cara:
1. *Campurkan semua bahan dan masak sehingga sedikit pekat.
2. Masukkan kastad ke dalam shell dan hias dengan buah koktel diatasnya.
*Pastikan bancuh tepung kastad terlebih dahulu sebelum masak di atas api untuk elakkan berketul.
Senang jer kan :)

Selamat Mencuba!!

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes