Roti Jala

2 comments

Assalamualaikum..
Haaa...harini jom kite pegi menjala ayam...
ada sapa-sapa mau ikot??
hehe...ekceli nana nak share resipi roti jala nana wat petang tadi..
dah lame sbenanye beli alat nak wat roti jala tu..
sebab berangan nak wat masa bulan puasa tahun lepas..
tup tup, harini baru terbuat..hihih
Nana suka sangat makan roti jala..
sebab kite leh makan ngan kari..
(nana penggemar kari k..!)
Nak wat roti jala simple je sbenanye..
jom kite lihat bahan dan caranya~!

TQ to my hubby yang tlg susun atur sebegini rupa

 sebab nak harap nana yang susun, beginilah hasilnya :D

Resipi asal : Homesweethome

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air atau (1 cawan air, 1 cawan susu segar)
1 biji telur
1 sudu teh garam
pewarna kuning


cara:

1) Bancuh semua bahan dan gaul hingga sebati atau blend. Kalau terlalu pekat, boleh adjust dengan tambah sedikit air. Test dengan menggunakan acuan roti jala.
(Nana tapis adunan)
2) Perap selama 1/2 jam.
3) Sediakan non stick fry pan dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai atas pan. Gunakan api perlahan, masak lebih kurang 1 minit.
4) Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Enak dimakan bersama kari ayam/daging ataupun sardin.
Senangkan? Selamat Mencuba!! ♥

Macaroni Bakar

0 comments

ASsalamualaikum :)
ok hari ni nana nak kongsi resepi  macaroni bakar yang menjadi hidangan makan malam kami pada hari ini..
Actually 1st time try macaroni bakar sos susu ni..
Bukan ape, kalo omputih suke ler taste sebegitu.. 
tapi untuk orang kulit golap macam den ni, biase citarasa malaya suke yang bersambal, pedas, goreng berminyak,berlemak camtu kan...tol tak?
Nana jumpa resepi ni kat web omputih..
tapi nana sesuaikan dengan citarasa kite..
Alhamdlah, seddapp laa pulok :D
Suami pun suke..hihihi..
Ok jom kite lihat bahan-bahannye :


Resepi asal : Cooks.com

Bahan-bahan:

1 1/2 cups macaroni, cooked
2 cups thin white sauce (see below)
2 tsp. grated onion -> nana tak isi
1/2 pound grated cheese -> nana guna cheddar parut dan keju parmesan
fine buttered bread crumbs -> nana tak isi
paprika

Bahan Nana tambah:
Isi Ayam -> potong kecil / hiris
Cendawan butang
kobis - hiris
oregano
Serbuk lada hitam
garam


THIN WHITE SAUCE:
1 tbsp. butter
1 tbsp. flour
1 cup whole milk
1/4 tsp. salt



Cara-cara:

1) Goreng isi ayam yang telah digaul dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam (nana goreng tanpa minyak, boleh tambah minyak zaitun sedikit jika takut melekat pada kuali, bagus guna pan anti karat)
2) White sos : Cairkan mentega kemudian tutup api dan kacau rata bersama tepung hingga sebati. Masukkan susu segar dan garam secukup rasa dan didihkan pada api perlahan sehingga sedikit pekat.
3) Campur kesemua bahan di atas bersama white sos dan ayam yang telah digoreng. Perasakan bersama sedikit garam, serbuk lada hitam, oregano, dan paprika mengikut citarasa masing-masing. 
4) Masukkan cheese dan gaul kesemua bahan hingga sebati, bakar pada suhu 130c selama lebih kurang 20 minit ( Agak-agar dah sedikit kering, terpulang pada citarasa masing-masing*)

*Tahap masak di dalam oven bergantung kepada citarasa masing-masing, jika mahi berkuah dan tidak kering, tidak perlu tunggu sehingga kering. Jika suka kering, boleh tunggu sehingga nampak kekuningan.
Selamat Mencuba!!

Chicken Coleslaw

2 comments

Assalamualaikum..
Smalam nana hidangkan coleslaw ayam sebagai hidangan makan malam kami suami isteri..
actually yang nana tahu basic coleslaw ada kobis, lobak dan mayonies saja..
tapi smalam tengak ada banyak isi danging ayam..
so macam biasa, bermula lah eksperimen sendiri..
tup tup, alhamdlah sdap la plak..
tak cukup plak kami makan ber2..hehee :)


Bahan-bahan:

isi ayam - dihiris / potong kecil
Kobis manis - kobis biasa pun takpe, cincang
lobak - cincang
tomato - potong dadu
mayonis
garam, gula, serbuk lada hitam
lemon
minyak zaitun

cara:
1) Gaulkan isi ayam bersama sedikit garam,gula dan serbuk lada hitam, dan goreng menggunakan sedikit sahaja minyak zaitun atau minyak masak dalam pan anti lekat.
2) Kemudian campurkan kesemua bahan diatas bersama ayam yang telah siap masak, dan tuang mayonies serta bahan perasa yang lain iaitu garam, gula dan serbuk lada hitam. Kuantiti mengikut citarasa masing-masing.
3) Perah sedikit jus lemon dan gaul kesemua bahan hingga sebati 
Selamat mencuba!

Resipi sos Bolognese

0 comments

Assalamualaikum..
Ok, harini nana nak share sos bolognese special untuk dimakan bersama spaghetti,macaroni atau apa saja lah kan yang dirasa sesuai, sebab masa nana wat ni, spaghetti takde, yang ado macaroni jer.
dan sos ni actually nana guna resipi basic bolognese dan nana tambah sana sini sket mengikut citarasa suka hati nana..hehehe :)


Bahan-Bahan:
Spaghetti/macaroni/pasta yang lain... -rebus hingga masak

Bahan-bahan Sos:
Bawang putih - cincang
Bawang besar - cincang
capsecum (kalau ada potong dadu)
Tomato puree
sos cili
cili boh
daging cincang - rebus hingga empuk bersama halia
cendawan butang - hiris/cincang
sosej - hiris/ cincang
madu
susu segar
oregano
tomato - potong dadu
lobak - hiris nipis
cheese - mozarella, parmesan, cheddar (terpulang)
minyak untuk menumis secukupnya
butter
garam dan gula

Cara:
1) Tumis bawang dan capsecum. kemudian masukkan cili boh.
2) Masukkan tomato puree dan daging rebus(buang halia) . Tambah sedikit air (anggaran 2,3 sudu besar) agar sos tidak terlalu pekat (boleh guna air rebusan tadi). Masukkan lobak.
3) masukkan sos cili, susu segar (anggaran 2,3 sudu besar), dan oregano.
4) Masukkan sosej dan cendawan kemudian perasakan gula dan garam secukupnya. 
5) Apabila bahan sudah masak dan rasa sudah lengkap, boleh lah tutupkan api,masukkan tomato,gaul dan biarkan selama 5 minit.
6) Masukkan sedikit hirisan butter dan 1,2 sudu madu jika mahu (sebagai penambah rasa dan agar sos nampak cantik berkilat)
7) Makan bersama pasta dengan taburan cheese. Yummy!!

Chocolate Creamcheese Cake

0 comments

Assalamualaikum..
Kek ni dari resipi coklat indulgence 1 layer cuma krim dia, nana tukar kepada cream cheese berperisa coklat bagi memenuhi permintaan rakan.


Bahan-bahan:

1) Kek span coklat 2 keping (boleh guna mana-mana resipi kek span yang ada atau guna tepung ready mix untuk lebih mudah)
2) Cream cheese (resipi disediakan dibawah)
3) Coklat ganache - (boleh guna mana-mana resipi)

Bahan-bahan cream cheese: 
1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz  cream cheese (suhu bilik)
2-3 cawan gula aising
chocolate paste - kuantiti ikut citarasa

Cara-cara cream cheese:
1) Putar butter dan cream cheese hingga lembut dan sebati.
2)  Kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga pekat dan mengikut citarasa kemanisan yang anda mahukan.
3) Masukkan perisa coklat atau coklat paste mengikut citarasa masing-masing.


Cara menyediakan:
1) Ambil sekeping kek dan lapiskan dengan cream cheese. Kemudian tutup dengan sekeping kek lagi. Ratakan keseluruh kek menggunakan baki cream cheese tadi.
2) Tuang coklat ganache dan biarkan didalam peti selama 30minit
3) Boleh lah hias mengikut creativity masing-masing atau boleh terus dimakan begitu sahaja.

Selamat Mencuba!

Tart Telur

0 comments

Semalam try buat tart telur plak..
Resipi asal seperti biasa dari dapur kak Ita :)

I copy & paste di sini ♥


TART CRUST ATAU SHELL 
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur. 


Bahan-Bahan:
1 Tin susu Cair F&N

1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
4 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning



Kacau gula dan air suam hingga gula larut
Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit


Steamed Moist Choc cake

4 comments

Kemarin wat..
permintaan en.Suami..
sangat suke dengan resipi ni :)
terbaek~!


Resipi asal: PTIT CHEF

Bahan-bahan:
150g butter
170g gula
200ml susu cair
2 biji telur -pukul
125g tepung
70g serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

1. campurkan gula,susu cair,esen vanila, dan butter dalam saucepan.
2. kacau pada suhu rendah sehingga gula dan butter cair sempurna. Angkat.
3. Masukkan telur apabila campuran tadi telah sejuk. (saya campur setelah selesai langkah no.4)
4. Ayak serbuk koko, baking powder, baking soda dan tepung.
5. Masukkan no.3 ke dalam 4 sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga habis. Kacau hingga sebati.
6. Griss loyang ukuran 7" dan tuang adunan. Sediakan pengukus dengan air mendidih
7. Kukus selama 45minit hingga kek masak. Tutup loyang dengan aluminium foil. (saya tak guna, tapi saya tutup penutup pengukus dengan kain). siap, sejukkan.


Choc. Fudge

Bahan-bahan:
35g serbuk koko
50g tepung jagung -diayak
1 cawan susu cair
2 biji telur
175ml air
120g gula
1 sudu teh esen vanilla
50g butter

cara-cara:
1.campur semua bahan kecuali butter.
2. Dengan cara double-boil, kacau pada api perlahan hingga pekat (lebih kurang 10minit).
3. Masukkan butter dan tutup api. Kacau sehingga butter cair sepenuhnya.
4. Tuang ke atas kek dan sejukkan di dalam peti sebelum dihidangkan.
selamat mencuba~!!

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes