Donut

2 comments

Assalamualaikum.. 
kali ni nana nak add resipi yang nana wat kemarin..
dah lama simpan resipi ni, tapi baru kmarin wat kebetulan suami tringin makan donut.
Resipi donut ni memang terbaik.
Ok la..resipi nana amek seperti biasa dari blog kak ita. 


Macam biasa, minta izin kak Ita, nana copy paste yer.Trima kasih♥

DONUT
500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur - yg tulin bukan tiruan ye!!
200 ml air

100g magerine / butter - ita guna butter
1 sudu kecil garam

Untuk Hiasan 
200g Chocolat masakan - cairkan
chocolat masakan putih dan coklat

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera.




 Nana wat 2 versi jer aritu..coklat, gula icing. :)

Rainbow Cake

4 comments

Smalam baru dapat wat Rainbow cake ni..
dah lama sangat tringin nak wat..
berkali-kali tengak kek ni kat dalam blog kak ita..
akhirnya dapat jugak merasa..
Trima kasih kak Ita untuk resepi yang sangat nyaman ni :D

Rainbow cake

Resepi asal : Kak Ita
Minta izin copy paste kak Ita ♥ lebiu!!

RAINBOW CAKE 

Bahan-bahan kek:

Vegetable shortening or butter
3 cwn tpg gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cwn butter tampa garam (suhu bilik)
2 1/3 cwn gula
5 biji putih telur gred A ( suhu bilik )
2 sudu teh esen vanila (ita tak de pure so tukar esen)
1 1/2 cwn susu ita guna fresh milk (suhu bilik)
pewarna merah, orange, kuning, hijau, biru, purple dan ita tambah pink

Cara membuatnya (kek):


Panaskan oven 170c. Leser loyang 9" bulat dgn lelemak sayuran atau butter. Alas tapak loyang dgn kertas minyak sapukan juga minyak atas kertas dan ketepikan. Bila masak, sejukkan dan terus keluarkan dari loyang sebab nanti nak guna lagi.   
Dlm bekas yg besar campurkan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan. 

Dlm bekas lain, pukul butter dan gula hingga creamy dgn mixer dan berkelajuan max. Slowkan kelajuan dan masukkan putih telur dan pukul hingga rata. campurkan vanila, dan pukul lagi hingga bercampur sempurna. Masukkan tepung dan susu berselang seli. dimulakan dgn tepung dan diakhiri dgn susu. pukul hingga adunan sebati.



Bahagikan adunan kepada 6  bahagian. letakkan pewarna utk setiap bahagian. Tuang dlm acuan dan bakar satu persatu. Untuk setiap kek bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
Setelah kek masak. biarkan sejuk 10 minit keluarkan letak atas redai dan biarkan sejuk sepenuhnyer. Dan habiskan membakar ke 6 lapisan seterusnyer

Ratakan kek dgn pisau pemotong kek jika permukaan nyer tidak rata. Susun lapisan pertama, letakkan filling boleh guna buttercream, tapi ita guna blueberry paste. ratakan dan letakkan selapis lagi kek di atasnyer dan buatlah begitu seterusnyer sehingga habis 6 atau 7 lapissapukan pula pada keseluruhan kek dgn frosting nipis sahaja. Masukkan dlm peti ais selama 30 minit.setelah frosting keras sedikit, sapukan keseluruhan kek dgn frosting dan hiaslah ikut kreativiti masing.

    For the Filling and Crumb Coat

    Yang ni nana guna whipped cream saja


    • 9 putih telur gred A 
      1 3/4 cwn gula 
      2 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik 
      2 sudu teh pure / jus lemon 


      For the Frosting

      5 putih telur gred A
      1 cwn gula 
      1 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik 
      1 sudu teh pure/jus lemon 



    Cara-cara membuat (frosting & Filling)

    Untuk filling atau inti dan lapisan luar : Masak putih telur dan gula dlm kuali dgn api sederhana. kacau hingga gula larut. tutup api tuang larutan tadi dlm mangkuk mixer. pukul dgn kelajuan tinggi hingga mencapai suhu bilik. Perlahankan mixer pada kadar sederhana dan campurkan butter satu persatu pukul hingga sebati.

    tukarkan pemukul mixer kepada paddle. tinggikan kelajuan dan pukul hingga hingga menjadi lembut dan creamy. selepas 5 minit masukkan jus lemon dan pukul sebati.

    Untuk frosting caranyer sama juga seperti diatas.


    Untuk hiasan kek ni, nana gunakan frosting Butter Cream. Cara penyediaannyer lebih mudah.
    BUTTER CREAM
    80 gm mentega
    200 gm krimwell
    350 gm golden syrup

    Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
    Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.


    Dah siap~!!

     Ni siap deco sebelum di potong.

    Pandan Layer cake♥

    0 comments


    Resipi asal dari cik comel kite..cik Raihana
    Me acih cik Rai.. I minta izin copy paste yer ;)
    kalau nak tengak secara step by step leh tengak kat blog Rai.

    Bahan2 untuk membuat sponge cake pandan:
    *125 gm tepung gandum
    * 1 camca teh baking powder (*disatukan dan diayak)
    160 gm gula pasir
    5 biji telur gred A
    75 gm minyak jagung
    15 gm ovallete
    1 sudu teh pes pandan
    2 sudu besar susu segar/cair

    Bahan-Bahan kastad pandan:

    1050 ml santan
    225 gm gula pasir
    12 gm serbuk agar2
    85 gm tepung hoen kwe (warna hijau)
    75 ml jus pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 75ml air,kemudian tapis)
    secubit garam

    Cara buat kek span:

    1.Satukan semua bahan2 kecuali tepung ke dalam bowl mixer.
    2. Bila dah betul2 kembang, perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
    3. Putar sehingga betul2 sebati.
    4. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan permukaan bawah loyang dengan kertas minyak.. 
    5. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 celsius selama 30 minit.
    6. Bila cake dah masak, biarkan cake betul2 sejuk pada suhu bilik.
    7. Kemudian potong cake kepada 3 bahagian.... nak senang,potong guna pisau bergerigi.

    cara wat kastad pandan:

    1. Satukan semua bahan2.. Pastikan tidak berketul2
    2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. jangan tinggal. kena kacau sentiasa. kalau tak hangit.. Bila dah likat, tutup api. kemudian biarkan dia suam2..
    3. griskan loyang yang sedikit besar daripada cake dengan marjerin..
    Seelok2nya gunakan loyang spring form pan.. mudah dibuka.
    4.masukkan lapisan cake sponge yang pertama..
    5. Kemudian sendukkan kastard tadi dan tutupkan keseluruhan lapisan cake nie.. ruang2 kosong kat tepi tu pun penuhkan sekali dengan kastad.
    6.lepas dah lapiskan dengan kastard.. tutup dengan lapisan cake yang kedua.. tekankan sedikit bagi melekatkan 2 lapisan tu..
    7.buat benda yang sama sampai lapisan ketiga..
    8.last sekali... tutup permukaan kastard tadi dengan kelapa kering.. masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam... makan sejuk2 lagi sedap...

    Blueberry Cheese Tart♥

    0 comments


    Resipi asal dari blog kak ita semestinya!
    I copy and paste aje ler yer!!

    Bahan-bahan kulit:



    170gm marjerin atau butter
    50gm gula aising
    1 biji telur Gred C
    290gm tepung gandum
    1 sudu kecil esen vanilla
    acuan tart


    Bahan-bahan Inti:

    250gm cream cheese
    50gm gula kastor / gula halus
    1 biji telur Saiz B
    ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon



    Cara-cara kulit:

    Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

    Cara-cara inti:

    Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
    Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

    Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
    Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
    Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

    Cotton cheese cake versi 2

    0 comments


    Smalam..skali lagi nana wat cotton cheese cake ni..
    Kalau gi giant or jusco pun ade dijual dlm harga rm10..
    tapi kalau dah tau resepi..wat sendiri lagi puas ati kan!
    k la..kalau nak try wat..leh klik kat sini.

     
  1. Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes