Chicken Coleslaw

Assalamualaikum..
Smalam nana hidangkan coleslaw ayam sebagai hidangan makan malam kami suami isteri..
actually yang nana tahu basic coleslaw ada kobis, lobak dan mayonies saja..
tapi smalam tengak ada banyak isi danging ayam..
so macam biasa, bermula lah eksperimen sendiri..
tup tup, alhamdlah sdap la plak..
tak cukup plak kami makan ber2..hehee :)


Bahan-bahan:

isi ayam - dihiris / potong kecil
Kobis manis - kobis biasa pun takpe, cincang
lobak - cincang
tomato - potong dadu
mayonis
garam, gula, serbuk lada hitam
lemon
minyak zaitun

cara:
1) Gaulkan isi ayam bersama sedikit garam,gula dan serbuk lada hitam, dan goreng menggunakan sedikit sahaja minyak zaitun atau minyak masak dalam pan anti lekat.
2) Kemudian campurkan kesemua bahan diatas bersama ayam yang telah siap masak, dan tuang mayonies serta bahan perasa yang lain iaitu garam, gula dan serbuk lada hitam. Kuantiti mengikut citarasa masing-masing.
3) Perah sedikit jus lemon dan gaul kesemua bahan hingga sebati 
Selamat mencuba!

2 comments:

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes