Assalamualaikum..
Pagi tadi nana wat roti..
dah lama nak buat sebab bahan-bahan dah lama beli..
teruja bila nampak roti kat blog asal resipi ni
nampak sangat gebu..
dan bila dah siap masak tadi..
ternyata memang berbaloi sangat!
Masa zaman skolah dan belajar dulu..
penah juga buat bun beberape kali,
tapi tak pernah jumpa resipi segebu ni..
Alhamdlah akhirnya dah jumpa jgak!
ok laa..takmo celoteh panjang..
sape nak try, meh lihat bahan-bahannya....
150g tepung roti - ayak
150g tepung kek - ayak
5g yis
3g garam
125g susu segar -nana panas kan sket supaya suam
1 biji telur
60g gula caster -nana kurangkan sket
50g butter
1 biji telur -hiasan untuk sapur atas roti
1 biji telur
60g gula caster -nana kurangkan sket
50g butter
1 biji telur -hiasan untuk sapur atas roti
*kalau ada bread improver pun boleh tambah sket, tapi tadi nana cuba resipi asal, tak perlu bubuh pun dah gebu.
Caranya:
1) Masukkan semua bahan kering, dan gaul sebati.
2) Masukkan butter gaul, telur gaul, dan susu..gaul hingga sebati dan menjadi doh.
(waktu ni, doh agak melekat-lekat..jangan bimbang, TAK perlu tambah tepung)
3) Uli doh sehingga doh menjadi kental dan tidak melekit lagi..
(setelah di uli beberapa minit, doh tadi akan menjadi kental..ini mengambil masa 25minit menguli.. tapi nana takde tenaga yang kuat nak menguli, so tadi uli 15 minit pun dia dah cantik tak melekat)
4) Rehatkan doh di dalam bekas bertutup dengan kain lembab selama 1 jam
(sehingga dia naik 2 kali ganda).
Ni doh setelah direhatkan sejam..hampir terkeluar dah doh ni,
bkan naik 2 kali ganda, tp dah naik berganda-ganda..huhuu
5) Tumbuk doh untuk buang angin. Kemudian rehatkan lagi 15 minit dengan cara yang sama tadi
6) Kemudian ambil doh sekitar 60g sebiji dan bulatkan serta susun dalam loyang pembakar dengan sedikit jarak antara satu sama lain.
(kalau nak letak inti pon boleh, sparuh adunan nana buat bun inti kaya pandan)
7) Rehatkan doh dalam 30-45 minit. Sapu permukaan atas dengan telur dan boleh tabur bijan atau kacang badam- nana bubuh bijan jer.
8) Bakar pada suhu 190 C selama lebih kurang 10minit (lihat jika permukaan dah keperangan)
9) Dah siap, sapu dengan butter supaya bun nampak cantik berkilat.
Enak dimakan begitu sahaja :)
Waktu baru kuar oven paling best layan roti ni sebab waktu ni super gebu♥
mmg sedap bangat...hehe
ReplyDeleteterpukau tengok roti tu..tak leh tido mlm kalau tak cuba nih..hehe
ReplyDeletekak ct & sally: cuba jgn xcuba k..bebaloix2 :) slamat mncube ;)
ReplyDelete