Smalam baru dapat wat Rainbow cake ni..
dah lama sangat tringin nak wat..
berkali-kali tengak kek ni kat dalam blog kak ita..
akhirnya dapat jugak merasa..
Trima kasih kak Ita untuk resepi yang sangat nyaman ni :D
Rainbow cake
Resepi asal : Kak Ita
Minta izin copy paste kak Ita ♥ lebiu!!
RAINBOW CAKE
Bahan-bahan kek:
Vegetable shortening or butter
3 cwn tpg gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cwn butter tampa garam (suhu bilik)
2 1/3 cwn gula
5 biji putih telur gred A ( suhu bilik )
2 sudu teh esen vanila (ita tak de pure so tukar esen)
1 1/2 cwn susu ita guna fresh milk (suhu bilik)
pewarna merah, orange, kuning, hijau, biru, purple dan ita tambah pink
Cara membuatnya (kek):
Panaskan oven 170c. Leser loyang 9" bulat dgn lelemak sayuran atau butter. Alas tapak loyang dgn kertas minyak sapukan juga minyak atas kertas dan ketepikan. Bila masak, sejukkan dan terus keluarkan dari loyang sebab nanti nak guna lagi.
Dlm bekas yg besar campurkan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan ketepikan.
Dlm bekas lain, pukul butter dan gula hingga creamy dgn mixer dan berkelajuan max. Slowkan kelajuan dan masukkan putih telur dan pukul hingga rata. campurkan vanila, dan pukul lagi hingga bercampur sempurna. Masukkan tepung dan susu berselang seli. dimulakan dgn tepung dan diakhiri dgn susu. pukul hingga adunan sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. letakkan pewarna utk setiap bahagian. Tuang dlm acuan dan bakar satu persatu. Untuk setiap kek bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
Setelah kek masak. biarkan sejuk 10 minit keluarkan letak atas redai dan biarkan sejuk sepenuhnyer. Dan habiskan membakar ke 6 lapisan seterusnyer
For the Filling and Crumb Coat
Yang ni nana guna whipped cream saja
9 putih telur gred A1 3/4 cwn gula2 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik2 sudu teh pure / jus lemon
For the Frosting
5 putih telur gred A1 cwn gula1 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik1 sudu teh pure/jus lemon
Cara-cara membuat (frosting & Filling)
Untuk filling atau inti dan lapisan luar : Masak putih telur dan gula dlm kuali dgn api sederhana. kacau hingga gula larut. tutup api tuang larutan tadi dlm mangkuk mixer. pukul dgn kelajuan tinggi hingga mencapai suhu bilik. Perlahankan mixer pada kadar sederhana dan campurkan butter satu persatu pukul hingga sebati.
tukarkan pemukul mixer kepada paddle. tinggikan kelajuan dan pukul hingga hingga menjadi lembut dan creamy. selepas 5 minit masukkan jus lemon dan pukul sebati.
Untuk frosting caranyer sama juga seperti diatas.
Untuk hiasan kek ni, nana gunakan frosting Butter Cream. Cara penyediaannyer lebih mudah.
BUTTER CREAM
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.
Dah siap~!!
♥
Ni siap deco sebelum di potong.
nyammi nyammi..nmpk sedap jew kek nie...lapa pulak rasenye..hehe :P
ReplyDeletehehe..ni pn rse lapar gk..jom layan kek
ReplyDeletenana, nak tnya kalo pki whipped cream mcm mane eh nak wat topping dye? blur kjap. :)
ReplyDeletewhipped cream putar hingga kental..kemudian boleh la hias macam biasa..terpulang nak letak warna apa-apa suka :)
Delete