Assalamualaikum :)
Sejak kena direhatkan buat sementara waktu ni..
lama oven tak dipanaskan, mixer tak digunakan..
Kemarin, En.Suami mengidam nak makan kek coklat..
so smalam nana pun belek-belek koleksi kek coklat yang ado.
macam-macam versi ada..
tapi semalam teringin nak try resepi yang nana ambil dari buku mak nana..
nak tengak kejadian kek ni bila mana dia banyak menggunakan kuning telur..
dan resepi ni special dari chef Filipina..
apa namanya and nama bukunya jangan ditanya..
sebab nana salin resepinya saja masa balik cuti raya skejap haritu :D
untuk kek yang nana wat, nana just guna resepi untuk keknya sahaja..
untuk lapisan coklat, nana just guna coklat ganache sebab lebih mudah dan sedap
tapi kat sini nana bagi resepi salutan coklat style filipina..
kot-kot ada yang teringin nak try nanti..
leh la cuba..nana xbminat sebab dia guna tepung honkwee..
so dapat la bayangkan camna teksturnya nanti kan..
ok laa.. jom kita tengak cara pembuatannya :P
Bahan-Bahan Kek:
6 biji kuning telur gred A
3 biji telur gred A
375g mentega
550g gula kastor
3/4 sudu teh gliserin
2 1/4 cwn susu segar
450g tepung protein rendah -- nana guna tepung kek
100g serbuk koko
3 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
(ayak 2 kali)
Panaskan oven pada suhu 180c
15 minit sebelum membakar kek
cara-caranya:
1) Putar mentega + gliserin hingga sebati. Masukkan gula, putar hingga gebu
2) Masukkan telur satu per satu sambil terus memutar hingga sebati
3) Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan campuran tepung,
bermula dengan tepung dan berakhir juga dengan tepung. Gaul dengan cermat hingga sebati
4) Tuang ke dalam loyang bulat 10" yang telah dilenser dengan lemak sayuran or mentega dan beralas dengan kertas minyak-- (nana buat dalam loyang 8" dan loyang roti panjang jer. lenser dengan mentega, tak alas pun dengan kertas..pemalas! hehe)
5) Bakar di dalam ketuhar selama kira-kira 30minit ( depends pada oven dan saiz loyang yang di pakai)
Bahan-bahan salutan coklat:
4 biji kuning telur
3 cwn gula pasir
50g coklat masakan
75g mentega
1 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung hunkwee
2 cwn serbuk koko
4 cwn air panas
cara-caranya:
1) Jerang air dalam periuk hingga mendidih
2) Satukan kesemua bahan kecuali mentega di dalam bekas tahan panas.
Masak dengan kaedah double boiler, kacau hingga pekat atau masak di atas api sederhana kecil hingga adunan pekat menggunakan periuk tebal.
3) Matikan api, masukkan mentega ke dalam adunan. Kacau rata dan sejukkan sedikit.
4) Tuang salutan coklat di atas salah satu keping kek, tindih dengan kek 1 lagi. Tuang salutan coklat atas permukaan kek dan ratakan sekelilingnya.
Nana guna coklat ganache, just tuang atas kek jer :)
Tekstur kek ni padat tapi lembut..
kalau suka kek lembap, elok guna resepi kek coklat kukus yang sebelum-sebelum ni..
sebab kek ni di bakar, so kelembapan tu kureng..tapi tetap sedap! :)
apepun..selamat mencuba!!
0 comments:
Post a Comment
Bebelan: