Homemade Puff Pastry

Assalamualaikum

Siapa kat sini suka makan portugese egg tart??
siapa suka makan pie in pot??
siapa suka makan croissant??
orait, mana yang suka makan makanan di atas mesti suka akan pastrinye yang rangup berlayer-layer tu kan...
and sbetulnya banyak lagi kegunaan puff pastry ni dalam pembuatan makanan..
kebiasaannya ramai yang mengambil jalan singkat dengan membeli puff pastry siap yang boleh didapati di kedai-kedai barang kek kerana lebih mudah dan cepat.
Namun, bagi menikmati kepuasan dan pastri yang lebih sedap, sudah tentulah menggunakan pastri yang dibuat sendiri kan..
Sememangnya membuat puff pastri ni melecehkan. namun hasilnya amat berbaloi kerana bahan yang digunakan sangatlah sedikit.
Jom terus ke resepinya...


Bahan - bahan:
3 cwn tepung gandum 
(nana guna 1cwn tepung high protein + 2cwn tepung low protein)
1 1/2 cwn butter
1/2 sudu kecil jus lemon (xde xpe)
1 sudu kecil garam
1 cwn air sejuk

tepung secukupnya untuk tabur masa uli dan gelek

Cara-caranya:

1) butter dimasukkan dalam plastik dan ratakan.
simpan dalam peti

2) Campurkan tepung+ garam + 1 sudu kecil butter, ramas
3) masukkan jus lemon + ramas lagi.
4) campurkan air dan gaul sebati hingga membentuk doh. rehatkan doh selama 15 minit.
5) letakkan mentega yang telah sejuk tadi di atas doh seperti gambar dibawah.


6) kemudian lipat doh membaluti butter tadi seperti yang ditunjukkan arrow dalam gambar dibawah

7) setelah siap balut, simpan didalam plastik dan rehatkan dalam peti selama 20minit


8) gelek doh dalam membentuk 4segi, kemudian lipat lagi seperti awal tadi dan rehatkan lagi 20minit.



9) ulang proses yang sama (gelek, melipat dan rehat) sebanyak 4kali.



9) setelah selesai, doh yang telah siap boleh digunakan terus atau disimpan dalam fridge sehingga 3 hari atau di dalam freezer sehingga lebih kurang seminggu. Jangan lupa balut doh dengan plastik ye. 


siap!~ boleh tengak lapisan-lapisan nipis tu :)


Boleh juga lihat terus dari youtube d bawah ni ;)

18 comments:

  1. sangat menarik... Terima kasih diatas perkongsian. Nanti saya cuba

    ReplyDelete
  2. terima kasih.kerana sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  3. butter apa yaa guna.. adakah perlu butter yg khas untuk buat puff pastry

    ReplyDelete

Bebelan:

 
  • Dapur Chunkiess © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes